Khamis pun dah berlalu, jom kita tengok apa yang menarik.

#1 Saiful dah makin ‘wanita’?

Penyanyi yang juga peserta rancangan realiti Saiful Malaysian Idol kembali menjadi topik perbualan ‘hangat’ netizen apabila video yang menampilkan imej terbarunya tular.

Menerusi sebuah video dimuat naik di TikTok, Saiful tampil dengan gaya wanita yang lebih anggun.

BACA: “Aku Vote Habis Beratus, Kau Jadi Macam Ni? - Netizen Terkejut Saiful Makin ‘Wanita’, Tak Faham Kenapa...

Malah, wajahnya kini dilihat lebih kurus dan runcing berbanding sebelumnya.

#2 Kak KM jawab isu menyusu

Usahawan kontroversi Liana Rosli menjawab isu menyusu yang didakwa menjatuhkan martabat wanita.

Menurut Liana atau lebih dikenali dengan panggilan Kak KM, perkara itu sepatutnya tidak menjadi perdebatan kerana ianya situasi biasa seorang ibu yang ingin menyusukan anaknya.

BACA: “Kau Adik-Beradik Aku Ke Nak Sound? Itu Antara Aku Dengan Tuhan,- Kak KM Jawab Isu Menyusu

Bagaimana pun katanya, disebabkan namanya ‘Kak KM’ maka segala perbuatan yang dilakukan pasti mengundang kecaman netizen.

#3 Perang dengan Cef Wan, Shikin Maembong teruk dikecam

Susulan daripada perang antara bekas mentua, Datuk Chef Wan, Shikin Maembong terus mendapat kecaman daripada netizen.

BACA: Perang Dengan Chef Wan, Shikin Maembong Dituduh Menantu Neraka & Mulut Senget - "Korang Bagi Pahala Free Kat Saya"

Selain komen-komen sarkastik di Instagram, Shikin turut menerima kecaman dan dihambur kata-kata negatif daripada warganet menerusi kiriman mesej langsung.

Selain menghina fizikalnya, kakak kepada Emma Maembong itu turut dipanggil menantu neraka.

#4 Dah kenapa Aishah pula dikecam low class?

Tiada angin tiada ribut, muncul seorang netizen yang bertindak mengecam penyanyi popular Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah.

BACA: “Berdepanlah Kalau Berani” - Dikecam Datuk 'Low Class', Aishah Pelik Kenapa Masih Ada...

Menerusi posting di Instagramnya, Aishah berkongsi satu gambar tangkap layar komen netizen yang mengutuk dirinya sebagai Datuk ‘low class’.

#5 Bijaknya anak Dr Sheikh Muszaphar

Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar meraikan kejayaan anak sulung dan anak keduanya, Sophea Isabella, 11, dan Sophea Natasha, 9, di atas pencapaian mereka mendapat keputusan semua A dalam 10 subjek peperiksaan tahun 2021.

BACA: Dapat Semua A Dalam 10 Subjek, Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Rahsia Anak-Anak Cemerlang - “Belajar Kerana Allah..”

Menerusi laman sosial Instagram, Sheikh Muszaphar memanjatkan kesyukuran dengan memuat naik sebuah video anak-anaknya itu untuk tatapan umum.