Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Recap Rabu: Neelofa Jelas Duit Raya Bilal, Tonsil Irfan Haris Makin Teruk, Anak AC Mizal Dapat Kereta Mercedes

Azwa Rahman 11/05/2022 | 17:26 MYT

Hari Rabu hampir berlalu pergi! Sebelum itu, apa kata kita semak balik lima kisah menarik dan hangat hari ini.

1. Tonsil Irfan Haris semakin teruk.
Penyanyi Irfan Haris dimasukkan ke hospital selepas penyakit tonsil yang dialami selama setahun menjadi semakin teruk.
BACA: “Rasa Down Sangat Sebab…”- Suara Sumber Rezeki, Irfan Haris Sedih Tonsil Makin Teruk
2. Rezeki Bilal dapat duit raya RM14,000
Selebriti terkenal Neelofa akui tidak menyangka duit raya putera sulungnya, Bilal boleh mencecah sehingga RM14,000.
BACA: “Kita Tak Perasan Pun, Yang Datang Pula…”- Terima Duit Raya RM14K, Neelofa Anggap Rezeki Bilal
3. Aripah Damanhuri dimasukkan ke hospital
Selepas dua minggu dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur (HKL), akibat jangkitan kuman pada paru-paru, pelakon Aripah Damanhuri menunjukkan perkembangan positif.
BACA: Aripah Masih Dalam ICU, Normah Damanhuri; Bila Saya Panggil, Dia Buka Mata & Tangan
4. Cef senyum popular Turki sakit
Cef selebriti Ozdemir Burak atau lebih dikenali sebagai CZN Burak mencetuskan kebimbangan ramai apabila memuat naik sebuah gambar dirinya yang sedang duduk di atas katil hospital sambil menyarung pakaian pembedahan.
BACA: “Andai Kehilangan Saya Satu Hari Nanti..” - Cef Popular Masak Sambil Senyum Sedang Sakit? Hidap Penyakit…
5. Anak AC Mizal dapat kereta mewah
Pengacara tersohor Datuk AC Mizal menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Mercedes-Benz untuk anak bujangnya, Muhammad Reeve Damien bersempena sambutan ulang tahun ke-18.
BACA: Genap Usia 18 Tahun, AC Mizal Hadiahkan Kereta Mewah Serba Biru Untuk Anak Bujang

#Irfan Haris #Anak AC Mizal #Duit raya Bilal
;