Laman Utama
Rendam Kura-Kura Mahal Dalam Kolam Renang, Rizky Billar Kena Kecam - "Kami Mohon Maaf Pada Pencinta Haiwan ..."
Nama Rizky Billar dan pasangan Lesti Kejora kembali menjadi sorotan gara-gara memasukkan kura-kura ke dalam kolam renang baru-baru ini.
Protes telah dilancarkan menerusi akaun Twitter @kittygaslisback, menyelar tindakan memasukkan dua ekor kura-kura jenis Sulcata ke dalam kolam renang milik mereka.
Hal itu jelas pengendali akaun itu membahayakan keselamatan dan mengancam nyawa haiwan itu.
"Lesti sama Billar banyak duit beli kura-kura mahal tapi tak buat kajian dulu," tulis akaun terbabit.
Rizky kemudiannya tampil membuat permohonan maaf menerusi Instagram Storiesnya, mengakui pihaknya tidak mengetahui akan insiden dan kurang arif untuk menguruskan haiwan reptilia itu.
"Mengenai soal kura-kura diletakkan dalam kolam renang oleh salah satu anggota kumpulan kami, kami mohon maaf kerana jujur kami tidak mengetahui hal itu.
"Namun, mewakili anggota kumpulan kami yang mungkin ketika itu alpa atau tidak mengetahui bagaimana cara menguruskan kura-kura, kami Leslar (Lesti & Billar) dengan rendah hati meminta maaf kepada pencinta haiwan khususnya kura-kura.
"Semoga kejadian ini menjadi pembelajaran," tulisnya.
Kura-kura baka Sulcata itu difahamkan berasal dari habitat di Sahara, Afrika dan berharga sekitar RM200 hingga RM800 seekor.
Must-Watch Video