,
Viral

Restoran Singapura Cari Penebar Roti Canai, Tawar Gaji RM5,000!

Gempak
24/04/2024
06:55 MYT
Percaya atau tidak, pekerjaan menebar roti jala mampu menjana pendapatan yang sangat lumayan… cuma anda perlu bekerja di restoran di Singapura!
Satu iklan mencari peluang pekerjaan viral di media sosial gara-gara satu majikan dari Singapura menawarkan gaji sebanyak RM5,000 untuk mengisi kekosongan ‘jawatan’ penebar roti canai.

Faedah

Tidak hanya gaji yang lumayan dan juga kompetitif, iklan kerja kosong itu turut menjanjikan beberapa faedah sepeti makan, surau dan juga penginapan.
Memetik laporan New Straits Times, pakej gaji tinggi merupakan sebahagian daripada strategi Singapura bagi menarik pekerja mahir dalam bidang yang tidak memerlukan tahap pendidikan akademik yang tinggi tetapi lebih khusus dan kebolehan praktikal.
Hal ini dapat dilihat pada iklan berkenaan yang secara telus menyebut gaji penebar roti canai yang ditawarkan adalah bermula RM5,000 atau lebih menunjukkan kesediaan majikan memberi gaji berpatutan pada pekerja.

Kos sara hidup

Sungguhpun tawaran kerja yang dilihat sangat menarik, pakar industri mengingatkan bahawa kos sara hidup yang tinggi di Singapura mungkin akan memberi kesan kepada tahap kestabilan kewangan di sana.
Naib pengerusi Persatuan Pemilik Restoran dan Bar, Jeremy memberitahu The Straits Times, sungguhpun gaji nampak tinggi, namun ia mungkin cukup untuk menampung gaya hidup yang selesa di Singapura.
Jeremy menegaskan yang perbelanjaan rumahantara $600 (RM2,867) hingga $800 (RM3,823) sebulan untuk satu bilik, di samping kos sara hidup dan pengangkutan harian.
Sumber: NST

ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat Singapura Bakal Terima Habuan Bonus Sehingga RM356K… Masyuk!

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Indonesia Ini Berhabis RM11,479 Bawa Isteri Tengok Taylor Swift Di Singapura!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aisyah Aziz Mengaku Panas Bila Pakai Tudung - “Kadang-Kadang Saya Marah…”

gempak
12/10/2024
15:55 MYT
Penyanyi Aisyah Aziz mendedahkan dia sering menerima kritikan mengenai gaya pemakaian hijabnya.
Viral

“Muka Terpaksa Puji” - Netizen Kata IShowSpeed Lebih Menikmati Burger Di Malaysia Berbanding Singapura

gempak
26/09/2024
00:25 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed kini berada di destinasi terakhirnya iaitu Singapura untuk siri jelajahnya di  Asia Tenggara.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Masak Tanpa Minyak, Produk Sejuk Beku Jenama Ini Cuma Ambil Masa 10 Minit Untuk Siap Hidang! - "6 Daripadanya Telah Dijual Di Singapura"

gempak
23/09/2024
19:05 MYT
Menjadi antara jenama yang mendominasi pasaran produk sejuk beku air-fry, Kumpulan EB terus mengorak langkah dalam mempelbagaikan pilihan produk mereka melalui perlancaran EB Kranch.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Dari Penebar Roti Canai, 12 Tahun Farhan Mustapha Mencuba Untuk Bergelar Penyanyi – “Saya Masuk Pertandingan Semuanya Tersingkir”

gempak
16/09/2024
06:55 MYT
Farhan Mustapha tidak menyangka bergelar The Grand Champion Gimme The Mic Malaysia 2024.
Hiburan

Dianggap Wajah Pelaris Produk, Ini Komen Hannah Delisha!

gempak
20/08/2024
17:05 MYT
Terbaharu, Hannah dilantik menjadi duta produk kecantikan Conboo yang mana sesuai digunakan oleh semua golongan.
BorakSeeni