Pelakon Intan Ladyana berkongsi berita gembira apabila memperoleh satu juta pengikut di laman Instagram miliknya.

Menerusi laman sosial tersebut, Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 39, memuat naik foto ketika sesi pra-perkahwinan dengan ucapan terima kasih.

Thank you for 1 million guys,” tulis Intan menerusi ruangan kapsyen.

A post shared by ? (@intanladyana)


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan reaksi positif dengan pencapaian Intan dan menganggapnya sebagai rezeki.

Malah, ramai turut memuji kecantikan Intan dalam mengayakan busana suit putih lengkap kain layah yang dipakainya sewaktu foto pra-perkahwinan.

Tahniah sis, makin dah kahwin orang lagi nak tau perkembangan Intan Ladyana. Rezeki selepas kahwin,” komen seorang wargamaya.

Congrats! Lawanya, untung husband,” puji seorang wargamaya.

Eeee makin cantiklah pengantin baru ni,” usik seorang wargamaya.

Yeay saya always support you,” kata seorang wargamaya.

Congrats dear, rezeki lepas kahwin terus 1 juta pengikut,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 50,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Pada 5 Februari lalu, Intan dan Harris Alif, 22, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur.