VIRAL
Ridzuan Ridzokumura Tak Sempat Tunai Permintaan Terakhir Arwah Isteri - "Sebelum 'Pergi', Dia Ada Ajak Saya Beli Barang Dapur"
Usahawan Ridzuan Ridzokumura meluahkan rasa terkilan kerana tidak sempat menunaikan permintaan terakhir isterinya, Akiko Okumura, yang mengajaknya membeli barang dapur bagi menyambut bulan Ramadan.
BERITA TRENDING: "Sedihnya Tengok Sky…" – Momen Sayu Anak Ridzuan Ridzokumura Raih Simpati Warganet
BERITA TRENDING: Isteri Ridzuan Ridzokumura Meninggal Dunia
BERITA TRENDING: Zarina Zainuddin Ambil Alih Tugas Allahyarhamah Akiko, Sediakan Sahur Buat Sky
Memetik laporan Mstar, arwah Akiko begitu teruja untuk menyediakan juadah berbuka dan sahur seperti kebiasaannya setiap tahun, lalu meminta suaminya membawanya ke pasar raya. Namun, hajat itu tidak kesampaian.Pemilik nama sebenar Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, berkata arwah isterinya sentiasa memastikan keluarga mereka menikmati hidangan yang dimasaknya sepanjang Ramadan, menjadikannya satu tradisi yang kini tinggal kenangan.
“Setiap kali Ramadan tiba, arwah pasti akan memasak untuk sahur dan berbuka.
“Sebelum dia pergi, dia ada ajak saya keluar beli barang dapur untuk dia masak sepanjang Ramadan ini,” katanya sebak.
Ridzuan mengakui masih sukar menerima kehilangan insan tersayang dan meminta sedikit ruang sebelum berkongsi lebih lanjut tentang pemergian Akiko secara tiba-tiba.
“Tapi niatnya itu tidak kesampaian… Nantilah saya cerita dalam video siaran langsung nanti.
“Saya nak bercakap banyak pun tak mampu sekarang, terlalu sedih.
“Sampai masa nanti, saya akan kongsikan segalanya, dari awal hingga akhir. Beri saya sedikit masa dan ruang,” luahnya pilu.
Jenazah Akiko Okumura telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Selangor pada pagi Sabtu.
Pemergian mengejut Akiko meninggalkan kesan mendalam kepada suami dan anak lelaki mereka, Sky Taizo Okumura, 13 tahun.
Ridzuan dan arwah isterinya, yang berasal dari Jepun, telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2009. Kini, Ramadan tidak lagi sama tanpa sentuhan kasih dan masakan isteri tercinta.
Sumber: mStar
Must-Watch Video