Laman Utama

Riena Diana Sebak, Mengalir Air Mata Dengar Kisah Wanita OKU

gempak
Asraf Aided
14/02/2021
14:20 MYT
Sponsor Banner
Riena Diana Sebak, Mengalir Air Mata Dengar Kisah Wanita OKU
Perkongsian secara langsung di Instagram TV (IGTV) Riena Diana, Khamis lalu bertukar menjadi hiba apabila pelakon itu gagal menahan sebak selepas mendengar pendedahan oleh seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) yang juga usahawan, Siti Mariam.
Menerusi sesi perkongsian pengalaman hidup yang dibuat oleh Riena atau nama sebenarnya Nur Qamariena Diana Zulreal, 24, bagi membantu insan-insan yang terpilih setiap minggu, Riena dilihat beberapa kali mengelap air matanya.
Menurut Riena, dia sebak secara tiba-tiba kerana kisah Siti menyentuh hatinya.
“Kita sama-sama berkongsi rezeki, yang mana saya boleh tolong, saya akan cuba tolong mereka.”
“Orang yang nampak kecil ini, mereka sebenarnya kuat semangat. Apa yang Kak Siti kongsikan menyentuh perasaan kita. Bila dengar pun, automatik kita akan rasa ‘Ya Allah bersyukurnya apa yang aku ada sekarang.’”
“Contohnya macam saya sendiri. Beberapa hari lepas menangis kerana risau dengan kehidupan serta terpaksa bekerja keras. Tetapi apa-apa pun sebenarnya ada orang lain lagi yang lebih susah daripada kita."
“Jangan sesekali mengeluh kerana mereka lebih susah daripada kita sebagai contoh kisah Kak Siti tetapi dia tetap kuat” katanya.
Tambah Riena lagi, melihatkan ramai orang di luar sana mengalami kesempitan hidup dan bersusah payah mencari rezeki,membuatkan dia terinspirasi untuk mengadakan segmen tersebut pada setiap minggu.
Bukan hanya membantu mereka, malah secara tidak langsung akan memberi kesedaran buat dirinya yang kini sedang mengusahakan perniagaan laksa secara kecil-kecilan.
“Terima kasih kepada Kak Siti kerana sudi berkongsi mengenai kehidupannya . Kita sama-sama tolong tanpa mengira siapa pun kita. Macam saya, mungkin pengikut saya ramai dan itulah rezeki saya. Saya cuba kongsikan segala apa yang boleh.
"Semoga perkongsian ini dapat memberi kesedaran dan semangat buat semua orang terutama mereka yang menjalankan perniagaan.
“Jangan putus asa.Walau apa jadi sekali pun kita mesti teruskan dan pesanan ini juga dititipkan buat diri saya," tambahnya lagi.
Bagi Siti pula, berkongsi pengalaman hidupnya buat pertama kali membuatkan dia berasa terharu kerana diberi peluang untuk bersiaran langsung bersama Riena. Enggan menjaja kisah pahitnya terdahulu untuk meraih simpati, sebaliknya bagi ibu kepada dua cahaya mata ini ingin menunjukkan bahawa OKU sepertinya juga mampu berjaya tanpa perlu berputus asa.
“Saya orang biasa, tak tahu apa-apa sangat mengenai sosial media tiba-tiba dipelawa oleh selebriti popular seperti Riena untuk berkongsi kisah hidup, saya rasa bersyukur dan terharu sangat”
“Saya sebenarnya merupakan pemegang kad OKU kerana insiden tergelincir pada Januari 2012 sewaktu pulang dari bekerja membuatkan saya tidak mampu berjalan seperti biasa. Ketika itulah, bermula titik hitam dalam kehidupan saya apabila doktor mengesahkan urat kaki saya putus.
“Saya sendiri tidak menyangka akan diuji sedemikian. Bayangkanlah kesan daripada insiden itu dan saya tidak mampu berjalan seperti biasa," kata Siti.
Biarpun diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak tertanggung, Siti nekad untuk mencari penawar penyakitnya sehinggalah tampil dengan produk sendiri yang diberi nama C-MARY.
“Saya akui sudah berhabis ribuan ringgit untuk sembuh tetapi saya tidak mengalah.
"Sehinggalah saya berjaya menemui supplemen yang membantu saya kembali berjalan seperti normal, saya nekad untuk mengeluarkan produk sendiri dan berharap untuk membantu orang ramai untuk kembali sihat seperti saya," dedahnya.
Menjadikan dirinya sebagai testimoni yang berjaya, Siti juga mendoakan agar lebih ramai golongan OKU diluar sana untuk berjaya dalam bidang masing-masing dan buktikan pada orang ramai bahawa kekurangan pada diri bukanlah satu batasan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live