Pelakon Nur Risteena mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen dirinya menerima suntikan vaksin pada Isnin.

Menerusi laman sosial Instagram, Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 31, memuat naik video tersebut untuk tatapan umum.

Menurut perkongsian tersebut, dia yang kelihatan seperti takut dengan jarum kembali ceria apabila suntikan yang diterima tidak menyakitkan.

“Belum cucuk lagi dah sakit sakit sakit, propa je!

“Seriously tak sakit langsung. Alhamdulillah Ris dan suami dah selesai our first vaccine. Yay! Tak sabar for our second vaccine,” ujarnya di ruangan kapsyen.

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena)


Di samping itu juga, isteri kepada pelakon Isa Khan ini memohon pengikutnya untuk segera mendaftar bagi mendapatkan vaksin.

“For those yang belum register, cepat register okay! Siapa yang belum dapat date tu, sabar. Insyallah tak lama lagi tu. Good luck semua,” tulis Risteena di ruangan kapsyen.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya terhibur melihat aksi gementar Risteena sewaktu berdepan jarum suntikan.

Ek eleh, cucuk pun takut,” tulis adiknya, Ruhainies.

Kena biasakan diri cucuk cucuk ni. Esok nak ada baby, lagi banyak jarum nak kena cucuk kat badan,” pesan seorang wargamaya.

Pergh aku yang ngilu bila tengok jarum masuk,” kata seorang wargamaya.

Perkongsian yang bagus. Kita sama, berdebar tak tentu pasal mikir sakit. Tapi you cakap tak sakit kan. I trust you,” ujar seorang wargamaya.

First time cucuk memang sakit. Kalau dah biasa, tak sakit dah,” komen seorang wargamaya.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 100,000 tontonan daripada pengikutnya.

Sekadar info, Risteena dan Isa bernikah pada 12 Mac lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.