Aktres popular Hollywood, Kate Hudson mendakwa dianugerahi pancaindera keenam sekaligus membolehkan dirinya melihat hantu.

Pengakuan tersebut sebenarnya telah lama dibuat Hudson namun sewaktu menjadi tetamu dalam program The Howard Stern Show, dia sekali lagi bercerita tentang kelebihannya itu.

Bintang Almost Famous itu mendakwa sudah mempunyai kelebihan melihat alam ghaib dan hantu sejak kecil malah lebih kerap melihat ‘mereka’ sewaktu kenak-kanak.

“Saya boleh melihat hantu. Sewaktu masih kanak-kanak sebenarnya saya lebih kerap melihat ‘mereka’, hampir setiap masa,” katanya seperti dilaporkan USWeekly.

Alam kematian bersifat saintifik

Dia juga menjelaskan alam ghaib dan kematian tidak sama seperti kehidupan biasa.

“Alam selepas kematian lebih bersifat saintifik daripada apa yang kita tahu. Ia lebih multidimensi.

“Apa yang boleh saya katakan, kita semua patut sedar bahawa bukan hanya kita yang wujud atau hidup dalam dunia ini,” jelasnya lagi.

Pada 2014, Hudson pernah mendakwa melihat hantu seorang wanita tanpa wajah sewaktu hadir ke sebuah program bual bicara.

BERITA TRENDING: "Balik Jer Tidur Mesti Kena Tindih, Sampai Tak Boleh Bernafas" - Elvina Mohamad

BERITA TRENDING: Dengar Bunyi Cakar & Pintu Digegar, Shila Amzah Kongsi Pengalaman Diganggu Makhluk Halus Di Pulau Langkawi!

PILIHAN PEMBACA: Kerat 10 Anggota, Isi Dalam Besen, Lelaki Serah Diri Lepas Dakwa Isteri Menjelma Jadi Hantu