gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Adik Bercinta Dengan Qistina Raisah, Ini Pesanan Mira Kuku - “Budak 2 Orang Itu, Spender Pun Mak Bapa Belikan”
HIBURAN
Dikecam Pakai Seksi Ketika Buat ‘Live’ TikTok, Kali Ini Erissa Puteri Tak Berdiam Diri - “Daripada Korang Tegur Macam…”
HIBURAN
Hafiz Suip Sudah Bercerai Pada Mei, Jaga Hubungan Baik Dengan Bekas Isteri Demi Anak - “Tipulah Kalau Kata Saya…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Risteena Nangis Dengar Lagu Karunia Terhebat, Hanya Isa Khan Mampu Buat Sesuatu Istimewa

Zulaikha Yusof
Zulaikha Yusof
14/03/2021
07:21 MYT
Sponsor Banner
Risteena Nangis Dengar Lagu Karunia Terhebat, Hanya Isa Khan Mampu Buat Sesuatu Istimewa
Pasangan selebriti Isa Khan, 28, dan Risteena Munim, 32, berhasrat untuk menimang cahaya mata secepat mungkin.
Menurut Isa, dia dan Risteena sangat menyukai kanak-kanak jadi tidak menolak sekiranya dikurniakan dalam masa terdekat.
"Perancangan cahaya mata.. kami kalau boleh terus nak ada anak. Kalau ada rezeki, insya-Allah.
"Saya dengan Risteena cukup suka dengan kanak-kanak. Kalau boleh nak ada dua tiga orang anak. Kembarlah," seloroh Isa.
Tambah Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, dia akur apabila terpaksa menyimpan hasrat untuk berbulan madu ke luar negara disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara.
"Maldives atau Switzerland, itu antara tempat-tempat yang saya tak pernah pergi lagi.
"Kami terima dengan apa yang berlaku sekarang, nothing we can do. Insya-Allah nanti boleh pergi melancong," kata Risteena.
Isa dan Risteena ditemui ketika majlis resepsi yang diadakan bersama keluarga dan rakan media di Ballroom, Quill City Mall, Kuala Lumpur pada malam, Jumaat.
Dalam pada itu, pelakon drama Playboy Itu Suami Aku turut berkongsi momen ketika pertama kali mendengar lagu Karunia Terhebat yang dihasilkan sepenuhnya daripada suami tercinta.
Kata kakak kepada aktres Ruhainies ini, dia menitiskan air mata kerana tahu Isa bekerja keras sejak tahun lalu.
"Sekitar Julai tahun lalu, dia sudah mula menulis lagu ini. Tapi, pada ketika itu saya agak sibuk dengan penggambaran dan dia pun tak bagi saya dengarkan lagu ini sepenuhnya.
"Kali pertama saya mendengar lagu ini, saya menangis. Saya berasa tak ada lelaki yang mampu melakukan sesuatu yang istimewa kepada saya seperti mana yang dia lakukan Isa," katanya lagi.
Terdahulu, Isa dan Risteena telah selamat menjadi pasangan suami isteri, hanya dengan sekali lafaz di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
BACA: Hanya Sekali Lafaz... Risteena & Isa Khan Sah Jadi Suami Isteri
Pasangan sejoli ini telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali, Indonesia.
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Anak
#Isa Khan
#Honeymoon
#Risteena
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement