Pelakon Rita Rudaini meluahkan hasratnya untuk melihat anak-anaknya bergelar seorang penghafaz al-Quran atau dikenali dengan gelaran Al-Hafiz.

Perkara itu dikongsikan Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar, 43, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

"Mommy memang berhajat untuk tengok anak-anak mommy jadi Al-Hafiz sebelum mommy tutup mata.

"Anak-anak lelaki saham mommy di sana (akhirat). Insya-Allah moga diperkenankan oleh-Nya," tulisnya di Instagram.

Menerusi entri tersebut, bekas peserta All Stars Buka Panggung itu memuat naik sepotong video yang memaparkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 10, yang sedang melakukan hafazan surah dalam al-Quran.

Mommy mmg berhajat utk tgk anak2 mommy jd al hafiz sebelum mommy tutup mata...anak2 lelaki saham mommy di sana....insyaallah moga di perkenankan olehNYA....

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on



Perkongsian Rita itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

"Orang kata ya Allah jauhkan kita daripada laki tak guna, Allah gantikan dengan yang lebih baik. Amin.

"Sejuk hati tengok. Sis mommy yang bagus. Cara didikan dari kecil dah teratur.

"Semoga sis terus kuat dan tabah untuk besarkan anak-anak. Saya kagum dengan kehebatan sis," tulis sebahagian komen netizen.

Rita mendirikan rumah tangga dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 sebelum bercerai pada September 2013.

Hasil perkongsian hidup itu, Rita dikurniakan dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia lapan tahun.