Berita

Rita Sosilawati Akan Umum Tutup 'Kilang' Setelah Hajatnya Tercapai

ZULHILMI JALIL
20/10/2020
02:17 MYT
Usahawan kosmetik popular Datin Rita Sosilawati memberi bayangan bahawa dirinya mahu hamil lagi selepas ini biarpun sudah dikurniakan empat cahaya mata.
Menurut Rita atau nama sebenarnya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 35, dia hanya akan berhenti melahirkan anak sekiranya dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan.
Perkara itu dikongsikan anak kepada jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya itu menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya.
"Geram betul dengan baby Aisha @fashasandha adan @itsaidilaziz nie. Rasa nak gigit-gigit jer.
"Doakan sis lepas ini dapat baby girl (bayi perempuan) tau. Amin ya rabbal alamin. Lepas itu sis akan umum sis 'tutup kilang'," katanya.
Dalam hantaran tersebut, Rita turut berkongsi gelagatnya ketika sedang mendukung anak Fasha Sandha.
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar impian Rita untuk menimang anak perempuan lagi termakbul.
Rita mendirikan rumah tangga dengan Datuk Khamarulzaman Mohammad Hanafiah pada 4 Disember 2011.
BACA: Rita Sosilawati Kini Bergelar Datin
Pasangan tersebut kemudian dikurniakan empat cahaya mata iaitu Kaisar Raees, 8, Khalid Rashad, 7, Khaylila Rafaahiyah, 5 dan Khalil Rizqullah, 3.
Foto: Instagram Rita Sosilawati
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Andika Putera Nafi Berskandal Dengan Isteri Orang & Staf, Tak Pernah Curang Ketika Berkahwin - "Ia Fitnah Besar!"

gempak
22/07/2024
11:40 MYT
Personaliti media sosial Andika Putera atau nama sebenarnya Muhamad Andika Putera menegaskan tidak pernah berlaku curang ketika dalam perkahwinan bersama bekas isterinya, Ananda Natasha.
Hiburan

Wanita Nafi Jadi Sugar Mummy Artis Remaja Fikry Kiki - "Tuduhan Itu Tak Sepatutnya Berlaku"

gempak
20/07/2024
02:55 MYT
Usahawan dan pempengaruh sensasi, Bulan atau nama sebenarnya Mabel Ira Bulan, menafikan tuduhan 'membela' artis remaja Fikry Kiki.
Viral

Didakwa Guna Gambar Double Meaning Untuk Promote Produk, Imej Berpurdah Neelofa Dipersoal Netizen?

gempak
28/06/2024
06:52 MYT
Pengacara dan usahawan selebriti, Neelofa menjadi buah mulut netizen apabila menggunakan gambar yang disifatkan sebagai 'double meaning' dalam usaha mempromosikan produknya.
Hiburan

Shiha Kerap Mimpi Ngeri Dibelit Ular Hitam, Minta Doa Ustaz Elak Kena Sihir - "Banyak Kali Orang Datang Kedai, Nampak Tutup Je"

gempak
12/06/2024
09:50 MYT
Penyanyi dan usahawan popular Shiha Zikir mendedahkan pernah berlaku beberapa peristiwa misteri melibatkan perniagaan yang diusahakan terutama di restoran Shiha Zikir Nasi Ayam di Kampung Baharu, Kuala Lumpur sejak 2023.
Hiburan

“Tak Ada Monyet, Tak Ada Kera Macam Kami Ni Tak Ceria Malaysia” - Aliff Syukri

gempak
13/05/2024
06:55 MYT
Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri bengang dengan sikap segelintir netizen yang tidak habis-habis mencari salahnya. Menurut usahawan berusia 37 tahun itu, netizen hanya berminat untuk mengetahui cerita-cerita negatif yang menimpa dirinya berbanding perkara-perkara baik yang dilakukannya.