Hiburan

RM564,000 Terkumpul Untuk Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin Selepas Ariana Grande Kongsi Link Derma Di IG Story

Umirah Halim
29/05/2024
06:55 MYT
Penyanyi popular, Ariana Grande telah membuat perkongsian pautan Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin menerusi akaun Instargramnya.

RM564,000 terkumpul

Hasil perkongsiannya itu, dilaporkan selama tempoh lima jam terakhir, lebih $120K (RM564,000) telah terkumpul buat tabung bantuan tersebut. Dalam masa sama, menjengah ke ruangan komen ramai yang memuji tindakan pelantun lagu No Tears Left To Cry itu.
Ada juga yang memuji kerana penyanyi berusia 30 tahun itu telah menggunakan platform besar di media sosial yang dimiliki dengan sebaiknya.
“Tengok lah betapa pentingnya selebriti menggunakan platform mereka untuk meningkatkan kesedaran tentang pembunuhan beramai-ramai di Gaza!

“Ini adalah bukti bahawa menggunakan platform memang menjadi terutamanya kalau dia seseorang yang popular. Love Ariana.

“Sekarang bayangkan kalau semua selebriti buat benda ini. Terima kasih Ariana kerana bantu tingkatkan kesedaran,” komen beberapa netizen.
Sebelum ini, penyanyi asal Florida itu turut menandatangani surat buat presiden Joe Biden bagi menggesa gencatan senjata di Gaza.
Antara selebriti lain yang turut melakukan hal yang sama termasuk penyanyi Drake dan Dua Lipa.
Sumber: Pop Base

Berita Trending: Brad Pitt Didakwa Sudah Lama Dera Angelina Jolie

Berita Trending: Selalu Tak Datang Set Penggambaran, Tony Eusoff Dedah Nak Tampar Aktres…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adidas Mohon Maaf Pada Bella Hadid - "Kami Melakukan Kesilapan Yang Tidak Disengajakan"

gempak
25/07/2024
02:30 MYT
Syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas memohom maaf kepada supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid.
Hiburan

Diperakui Badan Antarabangsa, Fazura Akan Terus Bersuara Isu Negara Palestin - “Itu Adalah Jihad Kecil Saya..”

gempak
23/07/2024
16:00 MYT
Seringkali aktif dalam menyuarakan hal berkaitan negara Palestin, pelakon Fazura tidak terkesan sekiranya kurang mendapat tawaran bekerjasama jenama internasional.
Gaya Hidup

Digugurkan Dari Kempen Kasut Retro, Bella Hadid Upah Peguam Saman Adidas

gempak
22/07/2024
10:25 MYT
Supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid dilaporkan mengupah sepasukan peguam untuk menyaman syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas.
Gaya Hidup

Adidas Gugurkan Bella Hadid Daripada Kempen Kasut Retro Munich 1972

gempak
19/07/2024
16:55 MYT
Adidas pada Jumaat menggugurkan model pro-Palestin, Bella Hadid, daripada kempen pengiklanan untuk kasut retro Olimpik Munich 1972, yang dibayangi oleh pembunuhan beramai-ramai atlet Israel.
Viral

Reman Pempengaruh Islamik Suami Isteri & Dua Individu Disambung 3 Hari!

gempak
14/07/2024
08:28 MYT
Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, yang ditahan 10 Julai lalu kerana disyaki terlibat penyelewengan derma, disambung reman empat hari pada Ahad.