Selain menerima pujian daripada orang ramai, filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) juga turut mendapat respon positif daripada penggemar filem.

Antaranya termasuklah, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Paanljam yang cukup terkenal dalam memberi ulasan filem.

Menerusi satu posting di Twitter, Paan menyifatkan KITM sebuah filem komedi ringan yang penuh pengajaran.

“Aku boleh katakan komedi ringan dalam filem ni memang mencuri hati aku.

“Tergelak tanpa henti weyh Rolling on the floor laughing!

“Lagi-lagi watak Azhar Sulaiman sebagai Pak Teh, pembersih teruk! Sampai tandas orang pon dia bersihkan!

“Banyak juga pengajaran yang boleh diambil dalam filem ni. Antara pengajaran yang aku dapat ialah sejauh mana pun ikatan keluarga tuh, tetap tidak akan putus,” katanya.

Menurutnya, ikatan kekeluargaan itulah yang membuatkan KITM wajib ditonton bersama keluarga.

“Boleh dikatakan, overall memang menghiburkan walau tiada watak Susan Lankester.

“Aku bagi 9/10 untuk filem ni,” katanya.

Keluarga Iskandar The Movie (2020)

Filem Mengenai keluarga terbaik setakat ini di Malaysia!

Mengenai keluarga iskandar yang dalam konvoi nak pergi majlis perkahwinan faris! kelakar gila! Dia punya huru-hara tak boleh bawak bincang!#keluargaiskandarthemovie #RekomenFilem pic.twitter.com/Oki86pSH5l

— PaanIjam (@PaanYNWA) July 16, 2020

Untuk rekod, KITM mengisahkan Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Walaubagaimanapun perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka.

Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480.