Laman Utama

Rosyam Nor Dedah Sebab Utama Jalani Rawatan Tanam Rambut - “Saya Cuba Berikan Kepuasan…”

Izwan Isa
15/06/2023
02:50 MYT
Pelakon Datuk Rosyam Nor mendedahkan, sebab utama dia melakukan rawatan tanam semula rambut adalah kerana mahu menjaga penampilan sebagai seorang pelakon.
Rosyam berkata, sebagai seorang aktor, dia mahu berikan kepuasan, khususnya kepada peminat dan penonton yang telah lama mengikuti kariernya sebagai pelakon.
“Mereka (peminat) pernah lihat saya muda dan dalam masa sama mereka pernah lihat rambut saya berkurangan.
“Nasib saya baik sebab sekarang ada teknologi, yang boleh cabut rambut di bahagian belakang dan tanam di depan.
BACA: "Ustaz Kata Tak Haram Kerana.." Michael Ang Tanam Rambut Selepas 10 Tahun Botak
“Saya cuba berikan kepuasan kepada peminat dan penonton, dan dalam masa sama saya cuba dapatkan peminat baharu,” katanya kepada Gempak.
Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana siri Astro Originals Jack Yusof yang diadakan di Dadi Cinemas, Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam pada itu, Rosyam berkata, dia juga menjaga penampilan dan cuba berpakaian seelok mungkin, demi meraih sokongan daripada peminat yang lebih muda.
“Kalau dengan penampilan baharu, saya nampak muda tujuh hingga lapan tahun, kenapa tidak?
“Kalau dulu masa saya mula-mula keluar, peminat saya berusia 20-an, dan selepas 30 tahun, usia mereka mencecah 50-an, jadi saya perlukan ‘pembeli baharu’. Jadi, saya cuba tampil secantik dan sehandsome mungkin,” katanya lagi.
Jack Yusof menyaksikan kemunculan semula Datuk Rosyam Nor sebagai watak utama menerusi drama bersiri selepas lebih 10 tahun. Rosyam membawakan watak komedi sebagai Jack Yusof iaitu seorang aktor senior yang popular, namun masih kelihatan muda kerana kerap menggunakan suntikan botox.
BACA: Daripada Pengarah I-Tanggang & Keluarga Iskandar, Astro Original Persembahkan Siri Baharu, Jack Yusof
Walaupun hidup dalam kemewahan dan digilai ramai, tetapi Jack banyak melakukan kesilapan dalam kehidupan peribadinya, termasuklah meninggalkan anak perempuannya, Aida ketika masih bayi. Selepas beberapa tahun, Aida tiba-tiba muncul menghubungi Jack dengan satu tujuan.
Selain Rosyam, siri ini dibintangi Sharifah Husna, Raja Ema, Rashidi Ishak, Hafiz Halim, Fadlan Hazim, Adriana Adnan, Loganathan Kanabathy, Syed Muhammad Baqir, Uncle Samsuri dan tidak ketinggalan penampilan istimewa oleh Che Puan Sarimah Ibrahim, Raja Azura, Zain Hamid, Angeline Tan, Zarina Anjoulie, Steve Yap, Taufik Hanafi, Dian Fernandez, Maca (Marsya), Haidar Hasanuddin dan Amy Nur Tinie.
Drama 8 episod ini akan mula menemui penonton di platform On Demand dan Astro GO bermula 17 Jun, setiap Sabtu bermula jam 12 tengah malam dan di Astro RIA saluran 104 bermula 26 Jun, setiap Isnin, jam 9.00 malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Dulu Berlakon Macam 'Tahi' Juga” - Rosyam Nor Harap Pelakon Baharu Di Beri Peluang, Jangan Terus Main Kutuk

gempak
30/05/2024
08:30 MYT
Pelakon, Datuk Rosyam Nor berpendapat pelakon baharu harus diberi peluang untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang lakonan.
Hiburan

"Stesen TV Berhak Pilih Atau Boikot Artis Bermasalah" - Rosyam Nor

gempak
30/03/2024
00:50 MYT
Datuk Rosyam Nor mengambil pendekatan berkecuali dalam isu boikot artis bermasalah.
Laman Utama

“Orang Berjaya Memang Low Profile” - Rendah Diri Ketika Temu Bual Bersama Datuk Rosyam Nor, Agropreneur Muda Terima Pujian Netizen

gempak
12/12/2023
11:55 MYT
Bagusnya, langsung tak berlagak
Laman Utama

Rosyam Nor Belajar ‘Belajar’ Jadi Bapa Dalam Jack Yusof

gempak
03/07/2023
15:50 MYT
Bermula 17 Jun 2023
Laman Utama

Isu Wali Merupakan ‘Jambatan’ Penguat Jalan Cerita Jack Yusof

gempak
17/06/2023
09:50 MYT
Jalan cerita yang menarik