,
Hiburan

Rozita Rohaizad Tekad Terus Bantu Martabat Warisan Malaysia Di Australia

Awani
04/08/2024
11:55 MYT
Penyanyi dan pelakon veteran Rozita Rohaizad sudah banyak kali berkongsi kisahnya yang terpaksa menggunakan wang sendiri hanya semata-mata kerana perjuangannya memartabatkan seni budaya negara ini di persada antarabangsa.
Biarpun kini usahanya itu sudah mencecah lebih lapan tahun, namun anak kepada seniwati Allahyarhamah Mariani ini sedikit pun tidak kisah untuk menggunakan duitnya sendiri berulang-alik ke Australia untuk menjadi tenaga pengajar, setiap kali berlangsungnya pelbagai festival kesenian kebudayaan di negara itu.

Martabat warisan

Tidak terbatas kepada tarian asli Melayu, ilmu yang dicurahkan oleh pelantun lagu Gugurnya Mawar Desa ini kepada pelajar Malaysia yang menuntut di sana juga meliputi pelbagai kesenian warisan termasuklah nyanyian lagu tradisional serta lakonan kebudayaan.
Mengakui ada ketikanya dia berasa lelah memandangkan usianya yang kini sudah menjangkaui 67 tahun, namun segala keletihan itu hilang apabila melihat anak didiknya tampil segak dan jelita berbusana warisan tatkala menjayakan persembahan kesenian di negara orang mewakili Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Petaling Street Adalah 10 Jalan Paling Menarik Di Dunia, High Street, Melbourne No. 1

ARTIKEL BERKAITAN: Harumkan Nama Malaysia, Atlet Muda Sabah Ini Juarai Acara Lari Berpagar Di Australia

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja Negara Ini Diberi Hak Abaikan Panggilan, Mesej Majikan Di Luar Waktu Bekerja

ARTIKEL BERKAITAN: #TravelMana: Tourism Western Australia Lancar Panduan Perjalanan Muslim Khusus Untuk Kemudahan Pelancong Beragama Islam

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah 5 Kali Datang Malaysia, Lenka Suka Makan Laksa - "Makanan Terbaik Di Dunia Ada Di Sini!"

Rozita yang pernah beraksi dalam filem Sumpahan Puaka ini akan sekali lagi terbang ke Australia pada 14 Ogos ini bagi membantu pelajar Malaysia di The Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) untuk menjayakan persembahan kebudayaan, Festival at Boyd, Southbank yang berlangsung pada 18 Ogos depan.
"Lebih 13 kali saya ke Australia bagi membantu komuniti Malaysia memperhebatkan persembahan budaya di pentas besar di sana. Pernah sekali, saya terkejut tengok wakil negara kita membuat persembahan taekwondo sebagai persembahan budaya sedangkan itu bukan warisan kita.
"Kebetulan kontinjen dari China buat persembahan serupa. Jadi, saya terus berazam membantu penuntut di sana (Australia) memperhalusi seni budaya kita, mengajar tarian dan nyanyian tradisional Melayu tanpa mengira kaum untuk diangkat setiap kali program pertukaran budaya di Australia," katanya.
Sepertimana sebelumnya, Rozita mengakui misinya kali ini sebagai tenaga pengajar di sana untuk festival tersebut masih tidak mendapat tajaan daripada mana-mana pihak, namun dia nekad dan teguh dengan misinya itu, demi rasa cintanya yang sangat mendalam terhadap seni warisan budaya negara.
Apatah lagi, apabila sudah menganggap penuntut di sana sebagai anaknya sendiri dan mereka pula tidak mempunyai sebarang asas dalam kesenian dan kebudayaan kerana bukan dari jurusan seni atau muzik.
"(Memang tidak dapat dana tetapi) saya tidak sanggup menarik balik perjanjian yang dibuat untuk mengajar anak-anak di sana kerana mereka langsung tidak didedahkan dengan ilmu tarian, nyanyian. Jadi, mereka akan sedikit hilang arah tuju apabila membuat persembahan budaya tanpa ada yang mahir membantu," katanya.

Dalam pada itu, Rozita berkata, dia akan mengadakan mini showcase di kafe Liberal Latte di sini yang berlangsung pada 3 Ogos ini pukul 8:30 malam.

"Saya akan menyanyikan sebanyak 20 buah lagu yang majoritinya disampaikan secara medley dalam dua set persembahan selama satu jam setengah. Antaranya, lagu-lagu 70-an, lagu filem dan lagu dari album kedua saya pada 90-an selain penghargaan buat Biduanita Negara, Allahyarhamah Puan Sri Saloma," katanya menambah, tempahan boleh dibuat di Liberallatte.my.
Sumber: Bernama menerusi Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Chris Martin Jatuh, Masuk Lubang Atas Pentas: “Ini Pasti Jadi Momen YouTube”

gempak
05/11/2024
12:25 MYT
Vokalis Coldplay mengalami insiden tidak diingini apabila jatuh ke dalam lubang empat segi di atas pentas sewaktu konsert di Australia.
Hollywood

Peminat Cemas, Olivia Rodrigo Ketawa Jatuh Lubang Atas Pentas

gempak
16/10/2024
13:00 MYT
Penyanyi Olivia Rodrigo menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat selepas terjatuh sewaktu melakukan persembahan di Melbourne, Australia pada awalnya minggu ini.
Viral

Keji! Pekerja Pusat Jagaan Kanak-Kanak Mengaku Terbabit 307 Kes Rogol, Mangsa Bawah 12 Tahun

gempak
05/09/2024
01:00 MYT
Seorang bekas pekerja pusat jagaan kanak-kanak di Australia mengaku salah terhadap 307 pertuduhan jenayah seks yang dilakukannya dalam tempoh 20 tahun.
Berita

Pengunjung Panik Helikopter Terhempas Atas Bumbung Hotel Di Australia, Juruterbang Disahkan Maut!

gempak
12/08/2024
09:24 MYT
Beratus pengunjung yang menginap Double Tree by Hilton di timur laut Australia gempar apabila sebuah helikopter terhempas di atas bumbung hotel yang didiami mereka hingga mencetuskan kebakaran.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Hos Digugurkan Komen Berbaur Diskriminasi Terhadap Perenang Australia

gempak
30/07/2024
04:25 MYT
Seorang hos veteran sukan digugurkan dari saluran Eurosport selepas memberikan komen berbaur diskriminasi kepada pasukan perenang wanita Australia dalam pusingan akhir gaya bebas 4x100 di Olimpik Paris 2024.
Unitar