Seorang lelaki telah berkongsi kisahnya yang ditipu seorang wanita dikenali melalui aplikasi WeChat baru-baru ini.

Kisah bermula apabila mangsa berkenalan dengan wanita berusia 30 tahun yang dikenali sebagai Noraini.

Menurut sumber, di peringkat awal perkenalan Noraini tidak menunjukkan sebarang tanda yang mencurigakan.

Namun setelah disiasat, dia sebenarnya menggunakan gambar wanita lain yang dicuri di media sosial Facebook (FB).

Pemilik gambar sebenar kemudian tampil mendedahkan bahawa gambarnya telah diguna pakai oleh individu tidak bertanggungjawab.





Mangsa dan Noraini tidak pernah berjumpa sehinggalah pada suatu hari merek berjanji untuk keluar bersama tetapi wanita tersebut tidak muncul.

Noraini yang mengaku bekerja sebagai seorang doktor di sebuah hospital swasta turut berjanji untuk bertunang dengan mangsa.

Dia kemudiannya meminta sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaunnya untuk lelaki membeli cincin dan membuat persiapan majlis pertunangan mereka.

Setelah beberapa kali melakukan transaksi wang kepada Noraini, mereka telah berjanji untuk berjumpa keluarga masing-masing dan berbincang mengenai persiapan perkahwinan.

Lelaki tersebut juga telah pergi ke Sarawak bersama ibunya namun Noraini tidak muncul pada hari kejadian.

Dia kemudian sedar dirinya telah ditipu apabila Noraini tidak menjawab panggilan telefon dan menghilangkan diri.

Jumlah kerugian wang yang telah dibelanjakan kepada Noraini adalah sebanyak RM100,000.

Lelaki tersebut telah cuba untuk mendapatkan wangnya kembali, namun gagal apabila terputus hubungan dengan Noraini.


Sumber : Kisahdunia.com
Olahan : Izzat Ridzwan