Laman Utama

“Rumah Lama, Hari Gelap, Berlaku Ketika Babak Cik Mek…” - Seram Juga Kalau Ada Di Tempat Azman Naim Ni

gempak
Mya Amri
15/03/2022
00:40 MYT
Sponsor Banner
“Rumah Lama, Hari Gelap, Berlaku Ketika Babak Cik Mek…” - Seram Juga Kalau Ada Di Tempat Azman Naim Ni
Pelakon Kampong Pisang Berbuah Dua Kali, Azman Naim berkongsi pengalaman sewaktu menjalani penggambaran filem tersebut.
Menurut Azman, dia pernah melihat kelibat seorang wanita cantik sewaktu penggambaran dijalankan ketika hari gelap.
“Nak kata seram sangat tu tidaklah tapi seramlah juga. Masa tengah menjalani penggambaran untuk babak di rumah Yati… Ketika itu ada dua babak.
“Kejadian itu berlaku ketika babak Cik Mek datang… Rumah itu rumah lama dan pada ketika itu pula memang hari sudah gelap.
“Dalam gelap itu saya ternampak macam ada seorang perempuan di mana sebelum ini saya tak pernah nampak dia.
“Dia tengok sini, tengok sana, wajah dia agak pelik tetapi tidak menyeramkan. Cantik pun cantik, itu yang saya keliru.
“Kemudian saya bertanya kepada penolong pengarah dan dia beritahu pelakon perempuan yang ada hanyalah Datin Eina dan Yati sahaja.
“Waktu itu saya macam… Okay… Ni siapa pula yang dekat tepi pintu ni. Memang rasa seram jugalah. Rumah yang sudah lama ditinggalkan, kosong, macam itulah,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, mengulas mengenai Kampong Pisang Berbuah Dua Kali, Azman mengatakan hubungan mereka rapat seperti sebuah keluarga.
“Saya rapat dengan semua, sebab Kampong Pisang ini kita sudah anggap macam keluarga. Jadi tidak ada isu rapat dengan dia, dia rapat dengan dia.
“Kami semua memang rapat dan mereka terima saya dengan tangan yang terbuka sebagai satu ahli keluarga baru.
“Jadi tak ada masalah kalau saya nak lepak dengan siapa, tetapi yang pasti memang berdekah. Macam keluarga, semua saya rapat,” jelasnya.
BACA: “Suara Padu, Sampai Enam Kali Tengok” - Lakonan Abang Viral Azman Naim Dipuji, Watak Gerhana Mantap Yeop!
Bagi yang belum menonton, saksikan komedi seram, Kampung Pisang Berbuah Dua Kali yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, di Astro First.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
Terdahulu, Amen Khalid pernah mengarahkan telefilem ‘Sis Ngensot’ dan ‘Pochong’ yang ditayangkan di saluran BOO (404).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live