Laman Utama
Rupanya Shuib Antara Pembeli Seluar ‘Pengilat Kuku’ Tomok, Ramai Doakan - “Semoga Murah Rezeki Bantu Rakan”
Penyanyi, Tomok menarik nafas lega apabila jualan seluar dan baju jenama terkenal yang terkena pengilat kuku anaknya habis dijual.
Tomok menerusi akaun Instagram miliknya mengucapkan terima kasih kepada rakan dan juga orang ramai yang sudi membantunya dengan membeli pakaian berjenama itu.
Bagaimanapun terdapat dua nama terkenal yang menarik perhatian iaitu pelawak, Shuib dan juga usahawan, Anas Zahrin.
Tomok melahirkan rasa terharu apabila dua sahabatnya itu merupakan antara pembeli pakaian tersebut.
“Terima kasih @shuibsepahtu @anaszahrin dan dua followers saya,” tulisnya beserta emoticon berair mata.
Selain Tomok, netizen juga turut berasa terharu dengan sikap Shuib dan Anas yang sanggup membantu sahabat mereka antaranya:
“Fuh terbaik, semoga murah rezeki abang-abang berdua,”
“Saya doakan orang yang tolong beli baju dan seluar ini dimurahkan dan dilimpahkan rezeki kalian. Aminnn,”
“Terima kasih rakyat Malaysia yang berkemampuan dan baik hati meringankan beban Tomok. Benda dah nak jadi. Apa pun semoga korang yang membantu dilapangkan rezekinya,”
Terdahulu, Tomok terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM5,593 selepas anaknya secara tidak sengaja tertumpahkan pengilat kuku pada pakaian di sebuah butik berjenama.
Must-Watch Video