Masih ingat lagi gula-gula White Rabbit ini?
Jika beberapa bulan lalu status halal produk ini menjadi perbualan netizen, kini perkara itu telah menerima keputusan yang muktamad daripada pihak kementerian.
Menerusi laporan TV Al- Hijrah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri hal ehwal agama, Fuziah Salleh mengesahkan gula-gula tersebut mengandungi gelatin yang tidak halal.
Menurut beliau, status halal gula-gula White Rabbit itu dibuktikan menerusi beberapa siri ujian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
"Saya telah pun mendapat maklum balas daripada pihak JAKIM.
"Ujian mendapati terdapat gelatin dari sumber haiwan babi bo-vign dan gelatin dari sumber lembu yang tidak boleh disahkan halal," katanya.
Jelas Fuziah Salleh lagi, dia menasihatkan pengguna khususnya beragama Islam memastikan tanda halal sebelum membeli apa jua produk.
"Ini tanggungjawab pengguna, bagi pihak JAKIM pula saya telah meminta mereka menulis surat kepada beberapa kementerian untuk siasatan lanjut kerana produk ini tidak menulis gelatin jenis apa.
"Kandungan yang tidak jelas ini mengelirukan pengguna," katanya.
Terdahulu, Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei (MoRA) telah mengesahkan gula-gula susu White Rabbit merupakan salah satu produk yang tidak halal selepas laporan ujian makmal mendapati terdapat kandungan protein khinzir dalam ramuannya.
Berikutan pengumuman berkenaan, beberapa pembuat ais krim di Brunei menghentikan pengeluaran ais krim berperisa White Rabbit di cawangan-cawangan mereka.
Hanafis Haris
Thu Sep 12 2019
Kate Hudson Boleh Lihat Hantu, Dakwa Alam Kematian Lebih Saintifik
Kate Hudson mendakwa dianugerahi pancaindera keenam sekaligus membolehkan dirinya melihat hantu.
Persembahan Percuma Sebagai ‘Hadiah’ , Henry Moodie Teruja Ada Ramai Peminat Di Malaysia
Penyanyi meningkat naik dari United Kingdom, Henry Moodie berjaya mencapai hasratnya untuk bertemu peminat di negara ini menerusi persembahan yang diadakan di kompleks beli belah Plaza The Exchange TRX, baru-baru ini. Apa yang lebih istimewa apabila pelantun lagu Drunk Text itu sanggup mengadakan persembahan secara percuma semata-mata untuk mend
Bukan Pertaruhan Vokal Semata-Mata, Ini Fakta Menarik Tentang Peserta The Hardest Singing Show!
Bakal memulakan saingan pada konsert pertama, Ahad ini, The Hardest Singing Show mengangkat format pertandingan berbeza dimana peserta akan mempertaruhkan bukan hanya sekadar kualiti nyanyian, namun kreativiti ‘shownmanship’ peserta.
Ubai Syukur Shila Amzah Selamat Bersalin, Beri Nama Anak Rhea Akira - “Mesti Arwah Mak Happy”
Shila Amzah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Khamis.
Pendaki ‘Tersidai’ Di Tebing Gunung, Pihak Pengelola Tersalah Kira Pengunjung
Para pendaki yang memakai alat keselamatan memanjat telah terperangkap dan tidak boleh bergerak lebih satu jam
Tabiat Minum Minyak Angin, Beri Kebaikan Atau Datangkan Mudarat?
Menelan minyak angin mungkin kedengaran pelik atau meloyakan buat sesetengah orang. Menerusi satu klip video tular di media sosial baru-baru ini, dapat dilihat seorang lelaki meminum minyak angin dan menggosokkan cecair berkenaan di seluruh muka bagi tujuan merawat sakit kepala.
MUA Bellaz Hentikan Pengeluaran Keychain Wajah Anak! - "Kalau Orang Kurang Selesa, Jangan Teruskan"
Jurusolek terkenal Mua Bellaz memutuskan untuk menghentikan pengeluaran produk keychain kartun menggunakan wajah anaknya, Nur Aisywarya Nealofa.
Bella Astillah Enggan Ulas Permohonan Maaf Ruhainies
Bella Astillah memaklumkan dirinya kekal tenang berdepan pelbagai kontroversi yang melanda kehidupannya sekarang.
“Dia Buat Pembedahan Plastik Ke?”- Perkongsian Foto Fathia Latiff Tuai Perhatian Netizen
Wajah pelakon sensasi, Fathia Latiff menjadi buah mulut netizen baru-baru ini apabila dianggap kelihatan sedikit matang berbanding usianya.
The Experts - Satu Rompakan Keluarga Terbesar!
Jom sertai peraduan Heist The Truck dan berpeluang untuk memenangi hadiah sehingga RM 30,000!