Berita

Saharul Ridzwan Ada Sebab Doa Di Instagram

gempak
Syafiqah Jalal
07/08/2020
10:28 MYT
Sponsor Banner
Saharul Ridzwan Ada Sebab Doa Di Instagram
Pelakon Saharul Ridzwan akui dia sering menulis doa yang hendak Allah makbulkan di dalam kapsyen di media sosial seperti Instagram.
Saharul berkata dia ada pendapat tersendiri mengapa ‘berdoa’ di media sosial meskipun ada yang menganggap doa itu hanya antara hamba dan Allah.
“Selalu jugak saya post doa dan impian-impian saya di Instagram. Nak beli rumah, nak ada anak perempuan, nak selesaikan semua hutang dengan orang.
“Dan syukur Alhamdulillah, apa yang saya doa dan impikan datang dan sampai pada waktunya dengan izin Allah. Syukur Alhamdulillah.
“Ada yang cakap, kalau nak doa bukan di media sosial, tapi doa tu antara kita sebagai hamba dengan Allah.
“Betul. Saya setuju. Tapi lepas banyak kali fikir, ada kebaikkannya jika saya sampaikan doa dan impian di media social. Kenapa?
“Sebab saya juga percaya bila ada orang yang baca apa yang kita impikan, dan dia jugak mendoakan kita, yang lebih alim dan baik dari kita.
“Insya-Allah, menjadi salah satu asbab termakbulnya doa itu. Terima kasih. Terima kasih atas doa anda semua,” katanya.
Saharul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri yang sama, Saharul turut berkongsi satu lagi doanya buat perniagaan yang dibina bersama isterinya Qaabila.
“Dan hari ni, hari yang baik, penghulu segala hari, Hari Jumaat yang penuh baraqah, ada impian yang saya ingin kongsikan dan perlukan doa juga dari korang semua.
“ Impian saya adalah untuk QAABILA, brand yang kami bangunkan untuk masa depan isteri dan anak-anak.
“ Manalah tahu apa-apa jadi pada saya ke, sekurang-kurangnya ada mata pencarian buat anak anak dan isteri.
“Saya harap, dengan izin Allah, tahun hadapan tahun 2021, QAABILA akan lebih kukuh, dan makin berkembang. Kita boleh tolong family kecil kita, family terdekat dan insya-Allah boleh tolong orang lain juga yang pastinya sama macam nak memperbaiki hidup untuk lebih baik,” katanya lagi.
Saharul dan Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra .
Selalu jugak sy post doa dan impian-impian saya di instagram. Nak beli rumah, nak ada anak perempuan, nak selesaikan semua hutang dengan orang. Dan syukur Alhamdulillah, apa yang sy doa dan impikan datang dan sampai pada waktunya dengan izin Allah. Syukur Alhamdulillah. Ada yang cakap, kalau nak doa bukan di media sosial, tapi doa tu antara kita sebagai hamba dengan Allah. Betul. Sy setuju. Tapi lepas banyak kali fikir, ada kebaikkannya jika sy sampaikan doa dan impian di media social. Kenapa? Sebab sy jugak percaya bila ada orang yang baca apa yang kita impikan, dan dia jugak mendoakan kita, yang lebih alim dan baik dari kita, InShaaAllah, menjadi salah satu ASBAB termakbulnya doa itu. Terima kasih. Terima kasih atas doa anda semua Dan hari ni, hari yang baik, penghulu segala hari, Hari Jumaat yang penuh baraqah, ada impian yang sy ingin kongsikan dan perlukan doa juga dari korang semua. ?? Impian sy adalah utk QAABILA, brand yang kami bangunkan utk masa depan isteri dan anak2. Manalah tahu apa2 jadi pada saya ke, sekurang-kurangnya ada mata pencarian buat anak anak dan isteri. Sy harap, dengan izin Allah, tahun hadapan tahun 2021, QAABILA akan lebih kukuh, dan makin berkembang. Kita boleh tolong family kecil kita, family terdekat dan InShaaAllah boleh tolong orang lain jugak yang pastinya sama macam nak memperbaiki hidup utk lebih baik. InShaaAllah!! Kita boleh sayang. @deenaemir . Kalau ramai yang menidakkan usaha kita, anggaplah itu sebagai satu pembakar semangat. Kena yakin, yang memberi rezeki dan kejayaan, bukan manusia. Tapi Allah SWT. InShaaAllah. Kalau ada keinginan dan impian, pasti ada jalan seiring dengan doa dan usaha yang tidak putus2. Rezeki yang baik pasti ada utk orang berusaha. Semoga kami tidak dihanyutkan dengan istidraj. Amin Ya Rabb. Terima kasih juga pada anda yang meng-amin-kan doa dan impian kami. ❤️ Amin Ya Rabb. . @qaabila.hq ❤️ @qaabilabeauty ❤️
A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live