,
Laman Utama

Sajat Kena Ngorat Suami Orang, Dedah Dapat Gambar 'Bukan-Bukan' - "Walau Macam Ni, Bukan Bererti Saya Mudah Tergoda"

Amri Hassan
26/06/2021
08:50 MYT
Usahawan dan penyanyi Nur Sajat mendedahkan dirinya cuba digoda oleh lelaki yang ada dalam kalangannya berstatus suami orang.
Kata Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, dia bagaimanapun tidak berminat dengan lelaki yang disifatkannya buaya darat itu.
"Walaupun saya macam ni, bukan bererti saya mudah tergoda dengan buaya-buaya darat! Tambahan pula suami orang kot!
"Cubalah bini dia tahu, tak ker sedih bini dia yang laki dia perangai macam tu! Nampak baik, manakala buaya!
"Inilah orang cakap, jangan disangka air sungai yang tenang tiada buaya. Kebanyakan muka si suami yang tenang (tak semua yer) itulah yang banyak 1,001 rahsia! Hati-hatilah uols," katanya menerusi hantaran terkini di Instagram Stories.
Kemaskini tersebut dikongsikan Sajat menerusi akaun terbaharu @nour_fashionnova.
Selain digoda, Sajat turut mendapat kiriman foto berunsur lucah daripada pengguna di media sosial saban hari.
"Memang tak faham, makin kita tak layan, makin berani suami orang hantar gambar bukan-bukan kat kita.
"Jangan sampai saya viralkan gambar awak yer!" kata Sajat beri amaran.
Sajat pada masa sama turut berpesan kepada golongan wanita terutama bergelar isteri agar sentiasa memantau suami masing-masing.
"Para bini, rajin-rajinlah buat spot check kat handphone suami yer.. Bukan kita tak percaya, just double check kalau-kalau si suami buat macam itu.
"Sebab tak faham mamat ini, hantar mesej ibarat macam tak ada bini kat sebelah! Giler ker apa jantan macam ni? Memaksa-maksa dah tak betul kot! Tahulah lockdown," pesan Sajat lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.