Laman Utama
“Sakinah Kahwin? Kami Tak Tahu Apa-Apa Pun…” – Sharifah Shahira
Pelakon, pelawak dan penyampai radio Sharifah Shahira mengakui tidak tahu menahu mengenai dakwaan adiknya Sharifah Sakinah sudah berkahwin seperti yang diperkatakan netizen.
Sharifah Shahira atau lebih mesra dipanggil Shiera itu ketika dihubungi Gempak berkata, dia termasuk anggota keluarga lain tidak pernah tahu Sakinah sudah menamatkan zaman janda.
“Ya ke? Sumpah saya tak tahu dia dah berkahwin ke dah bertunang ke,” katanya merujuk kepada komen balas Sakinah yang menyertakan emoji cincin kepada netizen.
Tambah Shiera lagi, jika benar adiknya itu sudah berkahwin atau bertunang, pasti seluruh ahli keluarga akan dimaklumkan.
“Apapun kami tidak menghalang sekiranya dia bertemu jodoh. Itu kehidupan dia, cuma kami minta doakan yang baik-baik buat dia.
“Sakinah adik saya, darah daging saya. Saya sayangkan dia. Sakinah ni jenis yang suka mengusik, happy go lucky.
“Mungkin emoji cincin tu dia letak sebab nak mengusik rakyat jelata iaitu netizen. Dia jenis yang tak suka bergaduh sebab benda-benda kecil, cuma kadang-kadang tu hyper sikit je,” katanya ketawa.
Terdahulu, jejaka ‘mat saleh’ dikenali sebagai Michael Hansen yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon ‘Bikin Filem’ itu memuat naik foto mesra bersama Sakinah di laman sosial Instagram (IG)nya.
Foto mesra di dalam kolam renang tersebut kemudiannya menarik perhatian netizen yang rata-ratanya berspekulasi Sakinah dan Micheal sudah bernikah.
Sakinah kemudiannya membalas komen netizen dengan menulis; “Already” disertakan dengan emoji cincin.
Shiera dilihat turut memberikan reaksi dengan meninggalkan pertanyaan pada ruangan komen.
“Gambar pre-wedding ke?”, tulisnya.
Komen tersebut bagaimanapun tidak dibalas Sakinah mahupun Michael.
“Saja saya bergurau, tanya kat dia macam tu…Dia tak layan pun kakak dia, dia layan netizen je,” katanya.
Must-Watch Video