Hiburan

Salah Pilih Busana, Penampilan Kajol & Rani Mukherjee Paling Buruk

gempak
Amri Hassan
11/07/2018
09:54 MYT
Sponsor Banner
Salah Pilih Busana, Penampilan Kajol & Rani Mukherjee Paling Buruk
Baru-baru ini, Kajol dan Rani telah menghadiri majlis pertunangan anak seorang konglomerat di India iaitu Akash Ambani.
Kajol memilih untuk memakai skirt labuh berwarna biru yang dipadankan dengan top berwarna putih sementara itu, Rani mengenakan gaun berwarna keemasan.
Malangnya, penampilan dua aktres Bollywood ini dikutuk kerana tidak pandai memilih gaun untuk majlis pertunangan tersebut.
Selain isu gaun yang kurang cantik, Rani juga dianggap telah salah memilih jurusolek.
Bedak yang digunakan terlalu tebal, malah warnanya jauh lebih terang daripada warna kulitnya.
Lapor Bollywoodlife.com, gara-gara salah membuat pilihan busana, penampilan dua sepupu ini dinilai paling buruk.
Teks Oleh: Noor Zulaikha Yusof Sumber: Bollywoodlife.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024