Pelawak dan penyampai radio, Shuib memohon maaf atas kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini berhubung kewajaran bantuan khas kerajaan kepada penggiat seni sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan masyarakat.
Menurut Shuib, dia mengakui kekhilafan diri dan berharap agar isu tersebut tidak dipanjangkan lagi.
"Assalamualaikum semua. Saya mengambil apa yang berlaku berhubung kenyataan saya tempoh hari sebagai kesilapan sendiri.
"Saya mohon ampun dan maaf dan saya harap isu ini selesai. Saya terima apa juga kata-kata anda. Satu yang pasti, saya selalu kenang jasa anda semua yang menyokong saya," tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Kata Shuib lagi, dalam keadaan yang meruncing akibat penularan wabak Covid-19 ini, dia berharap agar masyarakat dapat terus membantu antara satu sama lain.
"Sama-sama kita berdoa agar negara kita lekas bebas dari Covid-19 dan semoga kita sentiasa dilindungi, diberkati dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
"Sama-sama kita bantu mana yang memerlukan dan semoga kita terus tabah dalam ujian ini. Mohon maaf skali lagi," pintanya.
Sebelum ini, dalam satu entri video di Instagram, Shuib mendakwa golongan artis juga mempunyai jasa tersendiri terhadap masyarakat dalam dunia hiburan.
BACA: “Sebelum Ni Artislah Yang Menghiburkan Anda…”- Netizen Persoal Sumbangan Selebriti, Shuib Sepahtu Buka Mulut
Kenyataan itu dibuat selepas beberapa rakan artis, antaranya, Black, Tomok dan Achey yang mendakwa kerajaan kerajaan wajar memperuntukkan bantuan khas kepada golongan penggiat seni.
BACA: “Kami Mewakili Penggiat Seni Yang…”- Achey Pertahankan Hak Anak Seni
Apapun, jangan lupa saksikan program yang pernah menampilkan Shuib di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
