Perkongsian video penyanyi Yazmin Aziz yang menyambung ulang tahun kelahirannya yang ke-22 pada 10 September lalu menarik perhatian netizen.

Bersempena dengan hari yang bermakna itu, Yazmin menerusi hantaran video di TikTok meminta orang ramai untuk mendoakannya.

Berdasarkan kapsyen yang ditulis, Yazmin atau nama lengkapnya Yazmin Aldwin Abdul Aziz meminta peminat untuk meninggalkan ucapan ulang tahun kepadanya di ruangan komen.

Pada video sama, turut dilihat penyanyi itu meniup lilin pada sebiji kek yang dipegangnya.

Bagaimanapun apa yang menjadi tumpuan dan bualan netizen adalah mengenai umur penyanyi tersebut.

Rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas berasa terkejut apabila mengetahui umur sebenar Yazmin yang baru sahaja mencecah 22 tahun.

Hal ini kerana, netizen menyifatkan Yazmin memiliki wajah dan gaya penampilan yang matang.

“22 tapi muka matang sangat macam umur 30-an… apa pun happy birthday,” komen salah seorang netizen.

Sementara itu, bekas peserta pertandingan Big Stage musim ke-4 itu sempat membalas salah satu komen netizen yang bercakap tentang usianya.

"Dah itu dikurniakan kepada saya, maka terima sahaja lah," selorohnya.

BACA SINI: [VIDEO] Datuk Meninggal Dunia, Yazmin Aziz Kongsi Ucapan Terakhir Arwah - “I want My Family To Be…”

BACA SINI: Tiada Lagi Pemain Bola Sepak, Yazmin Aziz Lebih Bahagia Bersama Atlet Bola Keranjang - “Saya Enggan Membazirkan…”