Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat tidak mempunyai sebarang impian tersendiri sempena sambutan hari lahirnya yang ke-25.
Menyambut ulang tahun pada 17 Mac lalu, Ayda berimpian mahu menghantar ibunya untuk menunaikan ibadah Haji.
"Bersempena hari lahir saya, tiada sebarang cita-cita atau harapan persendirian yang saya letakkan. Secara individu, semua sudah ada dan baik-baik sahaja sekarang.
"Saya hanya mahu bekerja dengan lebih kuat dan memberikan kualiti kerja yang bagus agar peminat saya gembira. Selain itu, saya mahu menghantar ibu ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah Haji," kata Ayda ketika ditemui di sidang media Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME 2017) baru-baru ini.
Tercalon dalam empat kategori, penyanyi lagu Nakal Nakal Nakal ini berterima kasih kepada semua peminat, terutamanya AJ Screamer kerana tidak pernah berhenti menyokong perjalanan kerjaya Ayda.
"Tanpa mereka, siapalah saya. Usaha mereka dalam menempatkan saya dalam senarai akhir pun sudah membuatkan saya gembira.
"Peminat ibarat nadi saya. Saya akan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam setiap kerja yang saya lakukan," katanya lagi.
AME 2017 bakal menyaksikan Neelofa, Nabil Ahmad dan Johan sebagai pengacara. Penyampai Era FM, Radin serta Fad Bocey akan mengendalikan acara Karpet MeleTOP.
AME 2017 bakal bersiaran secara langsung di Stadium Malawati Shah Alam pada Ahad, 23 April 2017 jam 9.00 malam dan disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Talian undian fasa kedua bagi menentukan pemenang akhir boleh diundi menerusi laman web www.anugerahmeletopera.com.my dan www.era.fm serta aplikasi ERA dan Raku bermula 28 Mac sehingga 23 April ini.
Dalam perkembangan lain, drama mini bersiri digital berjudul 3 Gadis Manis lakonan Ayda bersama Cristina Suzanne dan Mira Filzah sedang disiarkan di Astro Gempak.
Selain Ayda, Cristina dan Mira, drama bersiri 3 Gadis Manis turut menampilkan Alvin Chong dan Dottie.
Jangan lupa saksikan drama bersiri 3 Gadis Manis yang disiarkan sepenuhnya menerusi platform digital di www.3gadismanis.com.my bermula 8 Mac.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Kamaruddin Razal
Thu Mar 30 2017
Terima Aduan Berkaitan Kontroversi Aliff Aziz, SKMM Bakal Buat Siasatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima aduan mengenai tindakan berterusan individu tertentu 'membuka aib' membabitkan hal peribadi selebriti kontroversi, Aliff Aziz di media sosial. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pihak berkenaan perlu meneliti aduan terbabit sebelum mengambil sebarang tindakan sewajarnya mengi
The Experts, Filem Aksi Heist Yang Dinantikan 2024! Penonton Teruja Tengok ‘Trailer’ - “Pergh Dah Setandingan American Heist Movies”
Tak sabar nak tengok!
“Saya Tidak Pernah Rasa Semak Dengan Netizen” - Sharifah Sakinah
Sakinah tak gaduh dengan netizen.
Nabil Ahmad Kongsi Sisi Lain Aliff Aziz Ketika Sama-Sama Sertai Jemaah Tabligh - “Dia Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud”
Pernah bersama-sama mengikuti jemaah tabligh sekitar 2020, pengacara Nabil Ahmad berkongsi sisi lain penyanyi Aliff Aziz yang tidak diketahui umum.
Aliff Aziz Belikan Bunga, Coklat Bila Tahu Bella Astillah Ada 'Lelaki Lain', Tapi…
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendedahkan tentang kronologi bagaimana dia mendapat tahu yang isterinya, Bella Astillah sedang ‘berkomunikasi’ dengan lelaki lain di belakangnya.
“Kontroversi & Publisiti Pun Penting Tapi…” - Syafiq Kyle
Syafiq Kyle kini semakin matang.
Wanita ‘Bahan’ Aliff Aziz Tak Ada Lesen Memandu Buat Netizen Terhibur - “Aliff Aziz Is Shaking”
Ketiadaan lesen memandu oleh penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz nampaknya menjadi ‘bahan’ usikan warganet di media sosial. Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang wanita membuat hantaran lucu berhubung perkara itu dengan menyatakan persaingannya untuk mendapatkan lesen memandu sebelum Aliff Aziz. “Akhirnya dapat belajar memandu jadi saya boleh
Kieda Crepe Dikritik Gara-Gara Rekaan T-Shirt Jualannya Mirip Logo Kumpulan NCT Dream?
Kieda menerima kritikan selepas salah satu baju-t yang dipasarkan baru-baru ini didakwa mirip rekaan logo kumpulan K-Pop popular, NCT Dream.
“Saya Mohon Maaf Atas Segala Apa Yang Berlaku, Perbetulkan Diri Secara Perlahan-Lahan” - Aliff Aziz
Aliff Aziz mohon maaf atas segala kontroversi yang berlaku.
Sarah Yasmine Spill The Tea, Aliff Aziz; “Hope You Enjoy This 5 Minutes Fame & Tidur Lena, Goodbye”
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz tampil mengulas isu mengenai pendedahan yang dibuat oleh ‘kekasih gelapnya’, Sarah Yasmine baru-baru ini.