,
Laman Utama

"Satu Dalam Sejuta" - Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke-18, Rakan & Netizen Kagum Dengan Edika Yusof

Badrul Hashim
25/01/2021
01:49 MYT
Kacak, tampan dan macho adalah antara gelaran yang pernah diberikan kepada pelakon dan bekas model, Edika Yusof. Namanya cukup besar pada akhir 80an dan awal 90an dengan tawaran membawakn watak hero dalam filem-filem hebat seperti Pelumba Malam dan Maria Mariana.
Tidak cukup dengan itu, Edika sering menjadi penghias iklan-iklan produk ternama di kaca TV, akhbar dan majalah - menjadikan dia kegilaan ramai ketika itu.
Segalanya berubah apabila isterinya, Norhidayah Yusri, lumpuh setelah melahirkan anak kedua mereka. Edika mengambil keputusan untuk menjaga isterinya sepenuh masa dan melakukan kerja daripada rumah.
"Saya buat kemunculan kembali kali pertama selepas lebih 20 tahun meninggalkan dunia lakonan melalui telemovie Permata Hati arahan rakan baik saya, Datuk Seri Rezza Shah," kata Edika dalam satu temu bual bersama InTrend beberapa tahun lalu.
Komitmen pelakon kacak ini menjadikan dirinya dikagumi peminat serta sahabat handai.
Baca: 15 Tahun Jaga Isteri Lumpuh, Edika Yusof Tidak Layak Terima BPN
Baca: "Saya Terkejut Bila Suami Beritahu Video Itu Dapat Reaksi Luar biasa" - Isteri Edika Yusof Tersentuh
Malah dalam satu muat naik Edika di Instagram miliknya mengenai sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-18, ramai yang memuji dan kagum dengan suami yang cukup setia ini.
"I’m the luckiest husband to have you beside me. A wife like you is a blessing. I am thankful to Allah for having you. Happy Anniversary dear wife," tulis Edika pada entri tersebut.
Ramai peminat dan rakan artis turut meninggalkan ucapan buat kedua-dua mereka.
Pasangan Edika dan Norhidayah mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Unitar