Abang kepada pelakon Isa Khan, yang juga aktor Miller Khan memberitahu bahawa dia tidak pernah mengetahui status wanita yang dikaitkan sebagai kekasih adiknya, pelakon Risteena Munim itu pernah bertunang dengan jejaka lain dan merancang berkahwin pada tahun ini.
Bahkan, Miller atau nama sebenarnya, Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan, 32, menjelaskan dia juga tidak mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan kisah percintaan adiknya dengan Risteena.
"Saya agak terkejut juga bila dapat tahu Risteena sebelum ini sudah bertunang dan sepatutnya berkahwin pada tahun ini.
"Saya ada hubungi (Isa), cuma mungkin dia tak berani dan belum terbuka lagi nak kongsi mengenai hubungan cinta mereka itu.
"Bagi saya, masing-masing dah dewasa. Kalau mereka pilih untuk berkahwin, nak tanggung risiko dan bersedia dengan komitmen itu baguslah," katanya seperti yang dilapor portal Mstar.
Terdahulu, Risteena pernah bertunang dengan ahli perniagaan, Ikhwan Khairudin, namun hubungan itu dikatakan terputus.
Susulan daripada perkhabaran itu, Risteena kemudian didakwa menjalin hubungan cinta dengan pelakon Isa Khan.
Bagaimanapun, sehingga hari ini, kedua-dua mereka masih mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan mengenai desas-desus tersebut.
BACA:Cinta 7 Tahun Risteena Didakwa Terlerai, Kini Dikatakan Sedang Bercinta Dengan Isa Khan?
Sebelum ini, Risteena juga memberi gambaran bahawa dia bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.
Hal itu dikuatkan lagi apabila Risteena berkongsi sebuah video dirinya yang selesai melakukan proses fitting busana perkahwinan.
BACA: Risteena Munim Dah Fitting Baju Kahwin, Siapa Bakal Suami?
Sumber: MStar
ZULHILMI JALIL
Sat Nov 16 2019
“Sedang Saya Berjalan Menuju Masjid Al-Aqsa, Seorang Wanita Palestin Berpesan…” - Leona
Leona turut menambah, sebagai seorang individu yang pernah melawat Palestin, ‘matanya’ sentiasa terbuka dengan apa yang berlaku terhadap negara itu.
“Kalau Tiada Perkara Baik Nak Buat, Pergi Dengar Ceramah Ustazah Ke Apa…” - Fathia Latiff
Gara-gara berang setiap hantarannya dikritik warganet, pelakon Fathia Latiff tampil memuat naik video respon di Instagram Story.
Jom sertai uji bakat INNOVATHON musim kedua!
Anda ada idea inovatif kreatif & Menarik? Kami memerlukan idea anda! Jom sertai Uji Bakat INNOVATHON musim kedua sekarang dan berpeluang untuk hadiah wang tunai!
Lee Jung Jae Bergelar Jedi Master Menerusi Star Wars: The Acolyte
Pelakon Korea, Lee Jung Jae bakal beraksi menerusi siri original terbaharu Star Wars: The Acolyte yang dijadualkan menemui penonton pada 5 Jun depan.
Kelly Clarkson Mengaku Makan Ubat Kurus: “Tapi Bukan Ozempic”
Sempat mendakwa dirinya kurus hasil diet, pemakanan ketat dan senaman yang teratur, Kelly Clarkson kini mendedahkan ‘rahsia’ lain di sebalik berat badannya yang susut.
Nak Tonton Ke Kodiang With Love Dengan Barisan-Barisan Pelakon? Beli Ribena Untuk Berpeluang Memenangi Tiket Secara Eksklusif Ke Tayangan Drama
Buat peminat-peminat Ke Kodiang With Love, apa persamaan Hun Haqeem dengan Ribena? Nak tahu jawapannya? Mestilah dua-dua sama-sama manis! Jadi untuk tambahkan lagi kemanisan itu, Ribena telah menjalankan satu pertandingan di mana peminat-peminat berpeluang menyaksikan tayangan Ke Kodiang With Love finale bersama pelakon-pelakon drama tersebut.
ERA Sabah & Astro Fibre Perkenal Bambarayon Sempena Meraikan Pesta Kaamatan
Tawaran hebat Astro Fibre Bundle untuk pelanggan di Sabah
Muat Naik Video Promosi Bersama Jenama Pro-Israel, Zus Coffee Mohon Maaf
Syarikat Zus Coffee berdepan dengan kritikan setelah mengeluarkan hantaran video promosi bersama jenama pro-Israel.
Pemandu Mabuk Mengaku Tidak Bersalah Langgar Atlet Kayak Kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu lalu.
Blockout 2024: “Cukuplah, Kita Pula Jangan ‘Berperang’, Spread Love Not Hate” - Nourul Depp
Penyanyi, Nourul Depp memohon orang ramai supaya tidak menilai atau menjatuhkan hukuman terhadap seseorang hanya kerana isu-isu tertentu.