Berita
"Saya Akan Didenda Lebih RM30,000 & 6 Bulan Penjara Jika…”- Roslan Shah Cerita Pengalaman Kuarantin Di Singapura
Pelakon dan pengacara, Roslan Shah bersyukur kerana akhirnya dia telah bebas dari kuarantin 14 hari di Singapura selepas pulang dari Malaysia pada 30 Mac lalu.
Menceritakan pengalamannya yang perlu kuarantin di rumah, Roslan atau mesra dengan panggilan Cik Lan memberitahu dia tidak diberi keluar rumah langsung dan dikawal oleh pegawai polis di sana.
“Alhamdulillah genap 14 Hari Cik Lan kena kuarantin selepas balik dari Malaysia pada 30 March lalu dan hari ini 14 April 2020 saya telah di bebaskan dari kuarantin di Singapura. Bagaimanapun Singapura juga dalam tempoh lockdown selama satu bulan ....
“Saya pun perlu duduk di rumah juga dan saya hanya boleh keluar rumah setakat pergi kedai dan beli makanan sahaja.
“Pengalaman 14 hari saya di kuaratin memang tidak dibenarkan keluar langsung kerana pihak Officer datang ke rumah untuk siasat saya ada di rumah atau tidak,” tulisnya.
Cik Lan berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Tambahnya lagi jika dia ingkar, denda akan dikenakan.
“Kalau Cik Lan melanggar peraturan Cik Lan akan didenda SGD 10,000 (lebih RM30,000) dan enam bulan penjara,” jelasnya lagi.
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai Rabu (18 Mac) sehingga 28 April 2020, di seluruh negara.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video