Penyanyi kumpulan duo Billy Zulkarnain, Nine buat pertama kalinya menceburi bidang lakonan apabila membintangi sebuah drama bersiri berjudul Satukan Rasa.

Nine atau nama sebenarnya Meor Zulkarnain Mohd Zamhuri bersyukur kerana ia merupakan pengalaman yang sangat bermakna buatnya.

“Syukur Alhamdulillah pengalaman pertama kali berlakon ini memang sangat-sangat bermakna bagi Nine.

“Semua rakan-rakan dalam production dari kru, cast sampai lah ke Tuan Director kita @hadithomar sangat banyak bagi tunjuk ajar pada Nine,” tulisnya.

Nine berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya

Menurut Nine, sebagai pelakon yang baru dalam bidang itu, dia akui masih banyak perkara yang perlu dipelajarinya.

“Nine akan terus belajar dari hari ke hari... Doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar dan baik buat kami semua...,” katanya lagi.

Satukan Rasa yang diterbitkan oleh Suhan Movies itu turut dibintangi oleh penyanyi Siti Nordiana dan Khai Bahar.

Drama tersebut kini masih lagi menjalani penggambaran dan bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Assalaamualaikum! Syukur Alhamdulillaah pengalaman pertama kali berlakon ni mmg sangat2 bermakna bagi nine. Semua rakan2 dalam production dari crew2, cast sampai lah ke Tuan Director kita @hadithomar sangat2 banyak bagi tunjuk ajar pada nine. Nine akan terus belajar dari hari ke hari... Doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar dan baik buat kami semua... #satukanrasa #suhanmovies #sitinordiana #khaibahar94 #billyzulkarnain #ninebz9 #bzbodies #skinvaletdamansara #narqesskintelligent

A post shared by Mior Zulkarnain Zamhuri (@nine.mike) on