Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida difahamkan sedang bercuti di Switzerland bersama dua orang anak kesayangannya iaitu Cik B dan Kacak.

Tidak ketinggalan mengikuti peredaran semasa, di TikTok, Cik B berkongsi video lucu ketika melakukan trend ‘saya’ yang kini tular di platform media sosial berkenaan.

“Saya anak Datuk Seri Vida memang saya guna duit mak pun. Saya anak Datuk Seri Vida memang saya tak ada hati dan perasaan pun. Saya anak Datuk Seri Vida tak bermakna saya kena putih,” ujarnya.

BERITA TRENDING: “Mama Adalah Ibu Terbaik Yang Dikirim Allah” - Cik B Sebak Kenang Pengorbanan Vida Membesarkan Anak

Bagaimanapun, ayat terakhir yang diungkapkan oleh Kacak dalam video berkenaan membuatkan netizen tersentak.

“Saya anak Datuk Seri Vida saya tak ada bapa,” katanya ringkas.

@cikb_havoc Selain tu, apa lagi, guys? #tiktokmalaysia #cikb #bossb #datosrivida #trend #onthisday #fypシ゚viral #foryou #foryoupage ♬ original sound - cikb_havoc66

Di ruangan komen rata-ratanya terhibur dengan gelagat mereka sekeluarga namun ada juga yang tidak lupa memberikan kata-kata semangat buat Kacak.

Antara komen yang diterima adalah:

“Kacak punya ayat last tu... Tersentap hati dengar,”

“Tak ada bapa tak apa janji ada mak hang selalu menyayangi,”

“Sangat deep, yang tak ada bapa sahaja yang faham rasanya,”

“Tersirat kata kata Kacak, semoga korang sekeluarga kuat selalu,”

BERITA TRENDING: “Saya Ingatkan Tu Prank….” - Berlinang Air Mata Cik B Imbau Saat Kehilangan Dua Abangnya Dalam Kebakaran

Terdahulu, Vida pernah berkahwin dengan Mohd Amin pada tahun 2000 dan bercerai pada 2008.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata namun anak pertama dan kedua meninggal dunia dalam tragedi kebakaran di rumah Ipoh, Perak pada tanggal 3 Ogos 2013.