Berita

“Saya Berharap Kehadiran Mereka Tetapi…”- Amyza Aznan Kecewa Pihak Zarina Anjoulie Tak Datang Serah Surat Saman

gempak
Syafiqah Jalal
29/06/2020
11:01 MYT
Sponsor Banner
“Saya Berharap Kehadiran Mereka Tetapi…”- Amyza Aznan Kecewa Pihak Zarina Anjoulie Tak Datang Serah Surat Saman
Pelakon Amyza Aznan kecewa apabila pihak Zarina Anjoulie Lavocah tidak hadir menyerahkan dokumen yang didakwa telah menuntut permohonan maaf dan pampasan sebanyak RM3 juta daripadanya.
Sebelum ini, pemilik nama sebenar Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul pada 23 April lalu memfailkan saman fitnah RM3 juta terhadap Amyza berhubung kenyataan mengenai bantuan khusus untuk artis tempatan susulan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) daripada kerajaan kesan wabak COVID-19.
Tiga hari lalu, Amyza melalui media meminta pihak guaman yang mewakili Zarina iaitu Nurul Hafidzah untuk hadir bertemu dengannya jam 4 petang di Astro Bukit Jalil bagi menyerahkan dokumen yang didakwa belum lagi diterimanya.
Baca: "Saya Bersedia Terima Dokumen Dari Peguam Yang Mewakili Zarina AnJoulie" - Amyza Aznan
Baca: Jatuhkan Reputasi, Zarina Anjoulie Tuntut Permohonan Maaf & Pampasan Sehingga RM4 Juta Terhadap 2 Pelakon Ini!
Amyza dikatakan berdiam diri sehingga peguam yang mewakili Zarina, Nurul Hafidzah mengesahkan dia gagal memasukkan kehadiran di mahkamah sejak saman difailkan.
Baca: “Amyza Aznan Tidak Hadir Ke Mahkamah Menjawab Saman, Menyebabkan Proses Tuntutan Saman Tertangguh” – Peguam Zarina Anjoulie
Sementara, Emelda pula menuntut permohonan maaf daripada Zarina kerana didakwa menerbitkan kenyataan fitnah kepadanya. Emelda menuntut ganti rugi am melebihi RM1 juta termasuk ganti rugi lainnya.
Baca: Emelda Fail Saman, Tuntut Ganti Rugi Lebih RM1 Juta Terhadap Zarina Anjoulie
Berikut temu bual eksklusif yang dilakukan Astro Gempak bersama Amyza:
#1 Bagaimanakah respon daripada pihak Zarina mengenai penyerahan dokumen tersebut?
Kita dah beritahu tiga hari lalu yang saya nak peguam Zarina sendiri datang di Astro jam 4 petang berjumpa dan menyerahkan sendiri dokumen tersebut tetapi dari jam 1 petang tadi saya di sini sehingga kini jam 4.30 petang, mereka masih belum tiba.
#2 Mengapa memilih lokasi Astro sebagai tempat pertemuan?
Kebetulan saya ada urusan disini, dan saya memilih lokasi ini kerana untuk memudahkan pihak mereka untuk berjumpa saya sendiri dan tidak perlu menyerahkan dokumen tersebut di kediaman saya yang jauh di Sepang, Selangor.
#3 Mengapa sebelum ini Amyza didakwa tidak memberi respon kepada tuntan saman dan maaf dari pihak Zarina?
Saya tidak respon kerana saya sendiri tidak menerima apa-apa dokumen atau notis tersebut. Sepatutnya dokumen itu sendiri diserahkan kepada saya. Mungkin mereka hantar ke alamat yang salah kerana saya menetap di Sepang bersama ibu saya.
#4 Apakah perasaan Amyza apabila pihak Zarina tidak hadir menyerahkan dokumen itu sendiri pada hari ini?
Saya sangat kecewa kerana saya mengharapkannya, rasanya dah lama juga dia uar-uarkan di media sosial tentang saya tidak respon kepada tuntutan dia.
Saya amat berharap supaya dia serahkannya kepada saya. Sebab saya nak memudahkan apa sahaja yang dimulakan dari pihak sana, kerana dia sendiri yang mula dengan menggunakan khidmat guaman.
#5 Sebelum ini Zarina ada keluar kenyataan memaafkan Amyza, tapi bagaimana timbul pula isu saman?
Ya saya dengar juga itu. Saya sendiri tak tahu macam mana dia boleh keluar statement nak saman saya mungkin pengaruh orang sekeliling atau apa.
#6 Selepas semua ini berlaku, Amyza ada perasaan dendam kepada Zarina?
Tak dendam, buat apa nak dendam dah dia sendiri mahu teruskan dengan cara macam ni, saya tak mahu fikir yang belakang sekarang saya fokus ke depan.
#7 Apa tindakan Amyza untuk selesaikan isu ini?
“Saya belum tahu. Saya nak tengok dahulu apa yang ada pada dokumen tu sebelum ambil tindakan.
#8 Ada berhubung dengan Zarina?
Saya atau dia tidak pernah berhubung.
#9 Bagaimana Amyza mengenali Zarina?
Saya tak pernah bekerjasama dengan Zarina meskipun saya lebih lama berlakon daripada dia. Saya bermula menjadi sebagai seorang followers di Instagram miliknya sahaja.
Ketika itu saya suka mengikutinya kerana dia suka makan ‘pickle’. Kemudian, bermula musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terbitnya salah faham dan tidak puas hati di antara kami. Saya tak kenal dia dan saya tak pernah ada ‘personal issue’ pun dengan dia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live