Pelakon dan pengacara popular, Sherry Al-Hadad mengakui tidak pernah berasa tertekan apabila sering ditanya mengenai soal jodoh dan pasangan hidup.
Menurut laporan Harian Metro, Sherry menjelaskan ibu dan anggota keluarganya tidak terlalu bertanyakan mengenai perkara itu dan mereka sangat bersikap positif dengan mendoakan supaya dirinya bertemu dengan jodoh yang baik.
"Tidak seorang pun bapa dan ibu saudara saya bertanyakan hal itu, sebaliknya mereka mendoakan supaya satu hari nanti saya bertemu jodoh dengan lelaki yang baik.
"Kalau orang kata saya terlalu memilih, sebenarnya saya bukanlah memilih sebaliknya saya mencari pasangan yang boleh memahami saya dan kerjaya saya.
"Ada orang selepas habis belajar mereka mula membina kerjaya. Sedikit demi sedikit mengumpul harta dengan membeli kereta, rumah dan sebagainya. Ada yang bekerja dengan niat untuk membantu keluarga terlebih dulu sebelum memikirkan soal jodoh.
“Ada juga selepas habis belajar dan bekerja setahun dua sudah bertemu jodoh, jadi mereka berkahwin awal. Semua ini sudah ditentukan. Saya sendiri mungkin Allah dorongkan untuk membina kerjaya terlebih dulu sebelum jodoh didatangkan kepada saya kemudian,” katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu Sherry akan menggalas tugas sebagai pengacara Big Stage bersama Alif Satar.
Minggu lalu, senarai 12 orang peserta Big Stage musim kedua telah diumumkan membabitkan bintang dari Thailand, Indonesia, Brunei dan Korea Selatan.
Peserta lelaki terdiri daripada empat orang penyanyi tempatan, Santesh, Irfan Haris, Adzrin dan Kucaimars, seorang peserta Brunei, Aziz Harun dan seorang penyanyi dari Korea, Han Byul.
Manakala perserta perempuan terdiri daripada empat gadis tempatan, Neeta Manisha, Sheryl Shazwani, Syada Amzah dan Fieya Julia, seorang peserta dari Thailand iaitu Chaleeda dan penyanyi muda dari Indonesia, Dinda Permata.
Personaliti radio ERA, Radin bersama Sissy akan menjadi hos Big Stage Live Plus yang akan disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Seorang lagi personaliti radio ERA, Hani Fadzil bakal menjadi hos untuk Studio Big Stage dan Kompilasi Studio Big Stage.
Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan menggalas tugas sebagai juri tetap bersama dua bintang popular Indonesia, Judika dan Chakra Khan yang akan bergilir-gilir duduk ke kerusi juri pada setiap minggu.
Seorang juri undangan juga akan dijemput setiap minggu bagi menyertai dua orang juri tetap bagi mengadili persembahan bintang Big Stage.
Big Stage dibawakan kepada anda oleh Vivo selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
Rancangan ini akan mula ditayangkan mulai 18 Ogos 2019, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Sumber: Harian Metro