Berita
"Saya Dah Habis RM2.3 Juta" - Individu Mengaku Bekas Teman Lelaki Alya Iman Bersuara
Satu persatu individu tampil mendedahkan kisah kehidupan pelakon Alya Iman selepas isteri bekas kekasihnya, Penny Salman mendedahkan hubungan sulit suaminya dengan artis itu.
Terbaharu, seorang lelaki yang mengaku sebagai bekas teman lelaki Alya menjelaskan bahawa dia juga pernah menjadi mangsa kepada Alya.
Lelaki berkenaan mendakwa dia menjalin hubungan dengan anak kepada pelakon legenda Allahyarham Azmil Mustapha itu pada awal tahun.
"Dia teman wanita saya pada Januari 2020. Tapi saya tahu dia perempuan kot*r.
"Saya dah habis RM2.3 juta dengan dia sahaja. Duit tu tak boleh buat dia kaya pun, takkan pernah cukup. Budak terkena kejutan budaya baru masuk industri," dedah individu berkenaan menerusi satu kiriman mesej peribadi (DM) kepada Penny.
Penny kemudian berkongsi paparan mesej individu yang dirahsiakan identitinya menerusi ruangan Instagram Story miliknya.
Dalam pada itu, individu berkenaan berkata, dia kemudian bertindak meninggalkan Alya selepas mengetahui perangai sebenar dirinya.
"Kita kena beri pengajaran buat dia, Ya, dulu dia dengan saya. Saya tahu dia pisau cukur sebab tu saya berpisah. Ingat dia dah tak buah dah," dakwa individu berkenaan.
Terdahulu, seorang individu yang mengakui sebagai kakak Alya memaklumkan bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan Alya mengenai berita pertunangannya tidak benar.
Kisah kontroversi Alya Iman mula menjadi tumpuan netizen apabila seorang isteri perniagaan mendedahkan kisah hubungan sulit suaminya di Instagram.
Bahkan, satu persatu gaya hidup mewah Alya yang baru berusia 19 tahun itu turut menjadi pertikaian warganet.
Must-Watch Video