Gaya Hidup

"Saya Dengan Ingin Memohon Maaf Kepada Semua Pihak" - Imam Muda Asyraf Mohon Maaf Sebab...

gempak
Badrul Hashim
12/08/2020
13:45 MYT
Sponsor Banner
"Saya Dengan Ingin Memohon Maaf Kepada Semua Pihak" - Imam Muda Asyraf Mohon Maaf Sebab...
Kalau disebut namanya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan mungkin ramai yang tidak mengenali nama tersebut, tetapi jika dipanggil Imam Muda Asyraf lebih ramai yang mengenalinya.
Dalam kehidupan seharian, bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang, apatah lagi melalui tutur kata yang diutarakan. Itulah yang cuba disampaikan oleh Imam Muda Asyraf pada satu entri di Instagram miliknya.
"Pepatah Melayu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Tak dapat kita nafikan, betapa pentingnya menyelit perkataan "segelintir', 'sebahagian', 'tidak semua', 'sesetengah', dalam ucapan yang kita tujukan kepada sesuatu kelompok.
"Walaupun tidak sekelumit pun di dalam hati kita berniat dan bermaksud menyamaratakan kesemuanya. Tetapi itulah permainan kata dan bahasa. Dengan bahasa dan kata, fokus isu boleh berubah," tulis Asyraf.
Menurut Imam Muda Asyraf, dia melihat kepada perkara itu sebagai satu isu yang sedang hangat dibincangkan kini kerana Impak yang amat besar dalam kesalahan pemilihan kalimat.
"Tanpa melihat kepada mana-mana pihak. Hanya termenung seketika menilai diri sendiri yang sering berkata-kata. Saya dengan ini ingin memohon maaf kepada semua pihak seandainya pernah terlepas pandang dalam menyelit istilah 'segelintir' dalam mana-mana ceramah ataupun kuliah sehingga dirasakan ianya labelan pukul rata untuk semua pihak.
Pepatah Melayu. "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". . . Tak dapat kita nafikan, betapa pentingnya menyelit perkataan "segelintir', 'sebahagian', 'tidak semua', 'sesetengah', dalam ucapan yang kita tujukan kepada sesuatu kelompok. Walaupun tidak sekelumit pun di dalam hati kita berniat dan bermaksud menyamaratakan kesemuanya. Tetapi itulah permainan kata dan bahasa. Dengan bahasa dan kata, fokus isu boleh berubah. . . Dengan melihat isu yang sedang hangat dibincangkan kini. Impak yang amat besar dalam kesalahan pemilihan kalimat. . . Tanpa melihat kepada mana-mana pihak. Hanya termenung seketika menilai diri sendiri yang sering berkata-kata. Saya dengan ini ingin memohon maaf kepada semua pihak seandainya pernah terlepas pandang dalam menyelit istilah 'segelintir' dalam mana-mana ceramah ataupun kuliah sehingga dirasakan ianya labelan pukul rata utk semua pihak. . . Orang yang banyak bercakap pasti banyak salahnya. Sekian.
A post shared by IM Asyraf (@imammudaasyraf) on
"Orang yang banyak bercakap pasti banyak salahnya. Sekian," tulis Asyraf lagi.
Mohammad Asyraf merupakan juara pertama program pencarian imam di kalangan generasi muda iaitu program Imam Muda melalui saluran Astro Oasis pada tahun 2010.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live