Berita

“Saya Dimasukkan Ke Hospital 4 Hari Lalu...”- Raja Farah Berkerusi Roda

gempak
Syafiqah Jalal
03/03/2020
07:12 MYT
Sponsor Banner
“Saya Dimasukkan Ke Hospital 4 Hari Lalu...”- Raja Farah Berkerusi Roda
Pelakon Raja Farah mendedahkan dia telah dimasukkan ke hospital lebih kurang empat hari lalu disebabkan masalah sakit belakang.
Menurut Farah tiada apa yang serius dan dia telah mengikuti sesi rawatan fisioterapi.
“Saya telah dimasukkan ke hospital sejak empat hari lalu berikutan masalah sakit belakang yang saya alami.
“Alhamdulilah tiada apa yang serius dan saya telah melalui sesi rawatan fisioterapi.
“Hari ini anak lelaki saya ni ikut naik kerus roda sekali. Menangis setiap kali kena tinggal jadi ini yang saya kasi chance lah,” katanya.
Farah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram milknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya memangku anak sulungnya, Imran berusia 4 tahun ketika duduk di atas kerusi roda.
Rata-rata pengikutnya mendoakan agar pelakon itu segera sembuh.
Raja Farah mendirikn rumah tangga dengan Iskandar pada 6 September 2015 dan dikurniakan seorang lagi cahaya mata Ilham, 1 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024