Pelawak Danial Zaini memberitahu penglibatan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusuf sewaktu menjadi tetamu jemputan dalam Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) minggu lalu sangat membantu.

Danial juga berterima kasih kepada Syamsul kerana sudi menunaikan hasrat kumpulan Heart walaupun jadualnya padat.

“Tetamu jemputan kami memang sangat membantu.

“Saya cuba DM (direct message) Syamsul. Syamsul dia tak pernah on live program realiti show macam ini.

“Saya cuba pujuk dia tapi dia dah boleh agak yang saya nak buat parodi dia. Alhamdulillah dia okay.

“Saya pun tak sangka sebenarnya sebab saya sedia maklum yang Syamsul sangat sibuk orangnya.

“Kami buat sesi latihan pun hari Jumaat tu juga sebab Syamsul hanya lapang pada waktu itu,” katanya kepada Gempak.


Dalam pada itu, kumpulan Heart juga menyatakan rasa syukur kerana dapat menjejakkan kaki ke final.

“Alhamdulillah sampai juga ke final, saya sebak juga sebenarnya sebab dah lama, kali terakhir adalah dengan Lawak Solo pada tahun 2016, selepas itu saya tak melawak.

“Kami mula-mula tak jangka pun akan berjaya sebab ramai lagi kumpulan yang persembahannya hebat-hebat.

“Tiba-tiba nama kami diumumkan, memang kami terkejut sangat. Syukur,” ujarnya.

BACA: MLS2: Sokong Komen Awie, Netizen Petik Nama Datuk Vida - “Kesian ABC! Huru Hara Atas Tu!”

Terdahulu, persembahan Heart bersama Syamsul berjaya mendapat lima bintang daripada juri.

Malah perwatakan kembar Danial bersama Syamsul juga menjadi sebutan netizen yang rata-rata memuji persembahan Heart.

MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.


Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 KLIK SINI.

Undi mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, KLIK DI SINI