Laman Utama

"Saya Faham Sangat Rasa Tidur Dalam Kelaparan" - Jasmin Hamid Tak Lupa Zaman Susah

gempak
Asraf Aided
25/06/2021
05:20 MYT
Sponsor Banner
"Saya Faham Sangat Rasa Tidur Dalam Kelaparan" - Jasmin Hamid Tak Lupa Zaman Susah
Pelakon berbakat, Jasmin Hamid faham dengan nasib malang dan kesusahan yang dialami segelintir masyarakat.
Menurut Jasmin, dia sendiri pernah melalui kesusahan kerana berasal dari keluarga yang tidak mewah.
Justeru, sehingga hari Ini, Jasmin tidak memilih makanan selagi ianya halal.
"Saya berasal dari keluarga susah, saya makan apa sahaja rezeki halal yang Allah kirimkan.
"Yang penting, saya dahulukan perut anak beranak saya, baru saya fikir pasal perut saya.
"Saya faham sangat rasa mereka yang tidur dalam kelaparan, saya pernah lalui zaman itu," tulisnya di Instagram.
Tambah Jasmin, apapun keadaan menimpa, dia menasihatkan para pengikutnya untuk bersyukur kerana ada orang yang nasibnya lebih malang di luar sana.
"Oleh itu, kita diajar untuk sentiasa bersyukur walau apapun keadaan kita.
"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul," tulisnya lagi.
Menerusi entri sama, Jasmin juga menasihati orang ramai untuk tidak meninggalkan solat dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT.
Perkongsian itu mendapat perhatian para pengikutnya, rata-rata mereka meninggalkan respon positif dan bersetuju dengan pendapat Jasmin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024