Pelakon Adam Corrie Lee mengakui banyak perubahan yang terjadi pada dirinya selepas memeluk agama Islam pada tahun Julai 2007.

Menerusi entri di Instagram (IG), Adam menjelaskan selepas memeluk Islam dia mempunyai tanggung jawab yang besar untuk sebarkan keindahan Islam pada rakan-rakannya yang lain.

"Dahulu saya sebelum saya mengucap dua khalimah syahadah, saya hidup dalam kegelapan. Tiada arah tuju hidup.

"Apabila saya dapat keluar dari kegelapan.. saya telah berniat dan rasa bertanggungjawab untuk berkongsi keindahan Islam kepada saudara yang belum Islam betapa indahnya Islam.

"Mereka berhak tahu tentang Islam. Saya takut diakhirat kelak, Allah tanya kenapa tak sebarkan keindahan Islam kepada rakan-rakan yang belum Islam," tulisnya.

Menerusi entri tersebut juga Adam menjelaskan bukan mudah untuk dia menyampaikan dakwah seorang diri kepada orang ramai.

"Kerja dakwah tak boleh buat seorang diri. kerja dakwah perlu dilakukan secara berjemaah. Kita tanya diri sendiri, berapa ramai orang yang benci Islam telah kita fahamkan tentang keindahan Islam.

"Kalau kita tak boleh sampaikan dakwah, kita bantu mereka yang berdakwah menyampaikannya dengan tanpa halangan. Jangan pula kita menghalau mereka berdakwah dengan ilmu yang mereka ada," tulisnya.

Dahulu saya sebelum saya mengucap 2khalimah syahadah, saya hidup dalam kegelapan. Tiada arah tuju hidup. . Apabila saya dapat keluar dari kegelapan.. saya telah berniat dan rasa bertanggungjawab untuk berkongsi keindahan Islam kepada saudara yang belum Islam betapa indahnya Islam. . Mereka berhak tahu tentang Islam. Saya takut diakhirat kelak, Allah tanya kenapa tak sebarkan keindahan Islam kepada rakan-rakan yang belum islam.. . Kerja dakwah tak boleh buat seorang diri. kerja dakwah perlu dilakukan secara berjemaah. . Kita tanya diri sendiri, berapa ramai orang yang benci Islam telah kita fahamkan tentang keindahan Islam. . Kalau kita tak boleh sampaikan dakwah, kita bantu mereka yang berdakwah menyampaikannya dengan tanpa halangan. Jangan pula kita menghalau mereka berdakwah dengan ilmu yang mereka ada. . Tepuk dada Tanya iman sendiri . Senyum selalu Selalu bersangka baik InsyaAllah hati tenang #adamcorrie #cinaMuslim @kembaraiman.saudarabaru

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata kagum dengan perubahan Adam dan mendoakan kesihatannya untuk terus berdakwah.

Adam telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 36 pada 2008.

Adam dan isterinya, Fazema dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Fateh Lee pada 11 Julai tahun lalu selepas 10 tahun penantian.