Pelakon dan penyanyi Kilafairy menegaskan tiada apa yang boleh dilakukan untuk menutup mulut orang ramai daripada berkata-kata buruk mengenainya.
Malah, anak kepada penyanyi legenda Rohana Jalil itu enggan mengambil pusing komen negatif netizen di media sosialnya.
"Semua benda saya buat orang kata nak tayang aset, pakai baju besar pun orang masih fokus kepada sudut-sudut seksual.
"Jadi, saya tak boleh buat apa-apapun sebab orang akan tetap bercakap. Saya hanya jadi diri sendiri.
"Walaupun pakai baju kurung sekali pun, orang masih nak kecam saya," katanya kepada Gempak.
Kilafairy yang ditemui pada pertunjukan fesyen Rico Rinaldi Women's Wear 2019 di White Box, Publika malam tadi menjelaskan dia sentiasa menjaga batas dan mengikut garis panduan berpakaian yang ditetapkan keluarganya.
"Keluarga saya terutama Papa sentiasa menjaga cara berpakaian, seksi-seksi memang tak boleh.
"Jadi saya ikut guideline yang keluarga tetapkan.
"Orang lain nak cakap apa, cakaplah! Yang saya tahu saya masih menjaga maruah keluarga saya, itu paling penting," tambahnya.
Baru-baru ini Kilafairy menjadi mangsa buli siber apabila posting mempromosi produk penjagaan wanita menjadi medan netizen mengecam pakaiannya.
Baca: Muat Naik Foto Untuk Promote Barang, Tapi Kena Kecam Pula...Kilafairy Dah Kenapa?
Dalam perkembangan lain, Kilafairy bakal muncul dengan single terbaharu dan melancarkan produk terbaharu Kilafit di Singapura pada Disember ini.
Pelakon itu juga akan memulakan penggambaran telefilem sekuel Pengancam Perkahwinan tidak lama lagi.
Amri Hassan
Thu Nov 29 2018


Kecoh Tersebar Gosip Son Ye Jin Minta Cerai Sebab Hyun Bin Kuat Berjudi
Harap semuanya baik-baik sahaja.

"Tak Mungkinlah Kami Bergaduh" - Syida Melvin Cabar Diri Gerak Solo Tanpa Adik-Beradik
Adik beradik kot

Peminat Dakwa Tak Ada Job, Agnes Mo: “Sekali Bekerja Cukup Untuk Beberapa Tahun”
Fuh, sekali kerja dah cukup tau. Hebat Agnes Mo.

Shaheizy Sam Elak Komen Masalah Rumah Tangga Orang - “Saya Percaya Kifarah”
Ada betul kata Sam tu...

Suami Yana Samsudin Edit Gambar Dengan Pelakon High Council, Netizen - “Yang Belakang Itu Next Kapla Ke?”
Terhibur tengok haha

Bekas Pemain Bass XPDC, Man Tobey Meninggal Dunia
Al-Fatihah...

“Saya Masih Sayangkan Diana” - Farid Kamil
Semoga ada jalan pendamaian

“Dipping Sos Bukan Cap Ayam, Bahan Premium,” - Didakwa Biskut Harga Kayangan, Shuhada Perjelas Salah Faham Netizen
Bukan yang biasa tapi guna bahan premium tau.

Diana Danielle Fail Cerai Terhadap Farid Kamil?
Ramai yang terkejut...

Pertama Kali Lakukan Adegan Atas Ranjang, Atiqah Hasiholan - “Saya & Pelakon Lelaki Itu Telah…”
Bukan betul-betul pun