Hiburan
“Saya Kembali Rasa Bahagia” - Hafidz Roshdi
Pelakon Hafidz Roshdi akui kini sedang melalui fasa bahagia bersama cinta pertamanya iaitu Athira Yuhada.
Menurut Hafidz, dia berasa sangat bahagia dan tenang selepas apa yang berlaku sejak beberapa bulan lalu.
"Perasaan saya sekarang sangat gembira. Alhamdulillah, kami dapat disatukan selepas mula mengenali antara sama lain sejak 2009.
"Jujurnya, saya kembali rasa bahagia sekarang. Apapun orang nak kata, saya biarkan sahaja.
"Setiap manusia buat kesilapan, jadi jangan kita hukum dengan kesilapan. Jangan kerana satu kesilapan dibuat, semua kebaikan kita tak nampak," katanya seperti dilapor BH Online.
BERITA TRENDING: "Allah Tunjukkan Saya Tak Berbohong" - Nurul Shuhada
Tambah Hafidz lagi, dia berterima kasih kepada mereka yang menyokongnya sejak dahulu sampai sekarang."Semoga yang baik-baik untuk saya dan isteri serta mereka yang mendoakan kami.
"Soal hubungan dengan bekas isteri, Nurul Shuhada, tiada komen.
"Saya harap dapat melupakan apa yang pernah terjadi antara kami," katanya yang masih belum terima tawaran lakonan, buat masa ini.
Terdahulu, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada 30 April 2016 namun pasangan ini bercerai pada 27 Julai 2023 selepas melalui proses mahkamah.
Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3.
BERITA TRENDING: Kalau Dah Jodoh... Hafidz Roshdi & Athira Yuhada Selamat Bernikah
Hafidz kemudiannya bernikah dengan Athira di sebuah premis acara di Glenmarie, Shah Alam, pada jam 8.15 malam dengan sekali lafaz pada 16 Disember 2023.Pada majlis pernikahan itu, Hafidz menyerahkan mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tiga dulang daripada pengantin perempuan.
BERITA TRENDING: Hafidz Roshdi Kahwin, Netizen Geram Dengan Athira - “Tergamak Eh Senyum Macam Tak Ada Apa”
Bagaimanapun, tidak seperti pengantin lain, perkahwinan Hafidz dan Athira ternyata menerima kecaman hebat netizen.Must-Watch Video