Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam memberi bayangan bahawa dia bakal melalui satu fasa baharu dalam hidupnya apabila berhasrat ingin terus menimba ilmu.

Perkara itu dikongsikan Rebecca, 34, menerusi satu entri di Instagram yang menunjukkan dia baru sahaja selesai menduduki satu peperiksaan dan berjaya lulus.

Begitupun, Rebecca bertindak merahsiakan jenis peperiksaan yang diambilnya.

"Yeay, syukur Alhamdulillah Ya Allah, Saya lulus peperiksaan dan peroleh gred B. Alhamdulillah, boleh tahan juga. Saya sudah lakukan yang terbaik. Sekarang masa untuk meraikannya. Terima kasih kepada anda yang mendoakan mummy Becca.

"Di sinilah perjalanan baru saya, ayuh kita mulakan," tulisnya di ruangan kapsyen.

Yeayyy Syukur Alhamdulillah Ya Allah ? i pass my exam and i got B,Alhamdulillah Not Bad At All,I’ve done my best ?and now it’s time to celebrate ? thank you uolssss Yg Sentiasa MenDoakan mummy Becca ?❤️... . . Here my new journey,let it now begins... . . #mrsazam #alhamdulillah #06022020 #celebration #HiTeaTime #mummybeccanewjourney

A post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on


Dalam entri tersebut pelakon drama Jangan Tegur Lagi itu turut memaparkan salinan slip keputusan peperiksaan yang didudukinya semalam.

Biarpun tidak mendedahkan kursus yang diambil, dalam satu entri berasingan, Rebecca mendedahkan ia merupakan bidang yang sudah lama ditinggalkannya.

"Hari ini mummy ada peperiksaan. Haa, peperiksaan apa tu, jeng jeng jeng..peperiksaan bidang dunia yang lama mummy Becca tinggalkan," kongsinya dalam satu entri berasingan.

Assalammualaikum Salam Thursday kesayangan...Hari ni mummy ada exam ,Haaaa exam apa tu ,jengg jenggg jenggg exam Bidang Dunia Yg lama mummy Becca Tinggal kan,Doa Doa Kan ya mummy Becca Lepas Exam..Supaya boleh share Berita Gembira dgn uolsss Nanti ?☺️? hehe ?... . . #mrsazam #06022020 #menuntutilmuselagimampu #IlmuPenting #BelajarSelagiTerdaya #BelajarSelagiMinat #StudySmart

A post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on


Bagaimanapun, perkongsiannya itu kemudian menerima respons dalam kalangan pengikutnya yang mengucapkan tahniah di atas pencapaiannya itu.