gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Alhamdulillah, Dah Boleh Kahwin!” – Syed Saddiq Bebas Tuduhan, Peminat Terus Doa ‘Wedding Of The Year’ Dengan Bella Astillah
VIRAL
"Teruslah Membenciku Wahai Dunia" - Kieda Crepe Kongsi Luahan Hati Lagi, Janji Terus Lindungi Ibu
HIBURAN
Amira Othman Mengaku Terima Bunga, Fattah Amin Antara Kawan Lelaki Rapat - "Seperti Di Kapsyen Fotonya, Saya Rakan Sekerjanya"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Saya Mahu Karya Yang Mampu Mendidik Masyarakat - Nadiya Nisaa

Rozaimi Zubaidi
Rozaimi Zubaidi
13/09/2017
10:26 MYT
Sponsor Banner
Saya Mahu Karya Yang Mampu Mendidik Masyarakat - Nadiya Nisaa
Pelakon Nadiya Nisaa mengakui masih berharap diberikan peluang untuk melakonkan watak yang mampu memberi mesej penting kepada penonton.
Menurut Nadiya, sebagai anak seni dia masih mempunyai beberapa harapan yang terbuku di hatinya.
"Saya masih berharap agar industri filem dan drama yang terdapat di Malaysia ini akan menyajikan karya yang mampu mendidik masyarakat.
"Sebagai pelakon itu merupakan satu kepuasan apabila watak yang dibawakan mampu untuk memberi mesej-mesej berguna kepada penonton dan dalam masa sama buat mereka terhibur.
"Kita sebenarnya tidak ketandusan idea, cuma stesen TV banyak meletakkan trend sesuatu naskhah itu pada penonton.
"Saya berharap agar trend seperti ini dapat diubah kerana sesebuah karya yang dihasilkan perlu memberi manfaat kepada penonton," katanya kepada Astro Gempak.
Nadiya berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumuman top 10 penyampai radio iM4U, di iM4U Sentral, Puchong, baru-baru ini.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
#pelakon
#Nadiya Nisaa
#Pelakon
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement