,
Laman Utama

"Saya Masih Ambil Masa Untuk..." - Sara Ali

Asraf Aided
23/09/2020
06:46 MYT
Pelakon Sara Ali menyedari tahun 2020 banyak membawa perubahan kepada kehidupannya.
Menurut Sara, sejak penularan wabak COVID-19, semua harus bertanggungjawab terhadap kesihatan diri sendiri serta keluarga.
"Seperti yang kita semua tahu, tahun 2020 banyak membawa perubahan, kita tidak lagi hidup seperti tahun-tahun sebelumnya.
"Sejak penularan pandemik COVID-19, kita harus bertanggungjawab pada kesihatan diri sendiri serta keluarga.
"Situasi memang berbeza, begitu juga dalam bidang lakonan, proses penggambaran dengan mengamalkan SOP juga ternyata sangat berbeza," katanya kepada Gempak baru-baru ini.
Tambah Sara, dia masih mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan norma baru sejak tularnya pandemik tersebut.
"Saya akui masih mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan norma baru, mungkin bagi sesetengah orang perkara ini mudah sahaja.
"Bukan sahaja ketika menjalani penggambaran, malah ketika di luar set pun, saya masih menyesuaikan diri dengan pembaharuan dari segi amalan dalam kehidupan seharian," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Sara kini membintangi drama bersiri Tanya Sama Pokok arahan Sabri Yunos.
Ia ditayangkan bermula 21 September 2020, setiap Isnin, jam 9.00 malam di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).
Selain Sara, Tanya Sama Pokok turut menampilkan barisan pelakon terkenal lain seperti Sabri Yunus sendiri, Datuk Fizz Fairuz, Mona Allen, Angeline Tan dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aktor Impi Trofi Oscar, Kak Ogy Nasihat Perbaiki Lakonan - "Impian Itu Percuma, Tapi Kenalah Belajar Jangan Main Asal Boleh Saja"

gempak
02/10/2024
14:55 MYT
Pelakon veteran terkenal, Fauziah Ahmad Daud menasihati mana-mana pelakon yang bercita-cita tinggi untuk memenangi trofi Anugerah Akademi Hollywood atau lebih dikenali sebagai Oscar agar terlebih dahulu belajar menjiwai watak dalam sesebuah karya.
Hiburan

Bekas Suami Minum Ketum, Pelakon Wanita Dedah Sudah Bercerai Lafaz Taklik - "Saya Dah Penat Simpan"

gempak
02/10/2024
09:55 MYT
Pelakon drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu, Mimie Ara tampil mendedahkan bahawa dirinya sudah bercerai dengan bekas suami sejak tahun lalu.
Hiburan

Anna Jobling Cemerlang Di Pasaran Filem Indonesia, Bukan Sebab Kroni Atau Individu Berpengaruh - "Saya Cari Sendiri"

gempak
02/10/2024
08:43 MYT
Pelakon popular Anna Jobling mendedahkan kejayaan menakluki pasaran perfileman Indonesia menerusi dua filem terbarunya, Lembayung dan Laut Tengah tidak datang dengan mudah dan dicapai tanpa sebarang bantuan daripada kroni atau individu berpengaruh.
Hiburan

Rajinikanth Dimasukkan Ke Hospital Akibat Sakit Perut Mengejut!

gempak
01/10/2024
22:56 MYT
Bintang filem Tamil, Rajinikanth dimasukkan ke Hospital Apollo di Chennai, India akibat sakit perut mengejut, semalam.
Terkini

Pelakon Bollywood Govinda Tertembak Kaki Sendiri, Ini Perkembangan Terkininya

gempak
01/10/2024
05:55 MYT
Kejadian tersebut berlaku ketika Govinda sedang memeriksa pistil berkenaan sebelum berangkat ke Kolkata pada awal pagi Selasa.
BorakSeeni