VIRAL
"Saya Meraung Tonton Video Anak Dikasari" - Ibu 'Abang Belon'
Ibu kepada Muhammad Zaimuddin Azlan atau lebih dikenali sebagai 'Abang Belon' tidak dapat menahan kesedihan selepas melihat rakaman video tular yang memaparkan anaknya didakwa dikasari anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
BERITA TRENDING: "'Abang Belon' Berisiko Lumpuh Kekal, Tulang Belakang Sudah Kemek" - Doktor
BERITA TRENDING: Ada 13 Rekod Jenayah Lampau, Pemuda UMNO Akan Tetap Bela 'Abang Belon'
Hasnah Mat Isa, 54, yang juga tukang cuci berkata, dia melihat video insiden tersebut ketika sedang bekerja dan terkejut apabila mendapati anaknya dipukul, dicekup leher dan ditendang ketika sedang berniaga belon.“Apabila suami mengesahkan pemuda yang dipukul di dalam video itu anak kami, saya meraung dan terus menangis teresak-esak. Satu bangunan boleh mendengar suara saya.
“Saya terlalu sedih kerana begitu kejamnya manusia, walhal dia hanya berniaga belon untuk menyara keluarga dan tidak menyerang sesiapa. Tindakan mereka sangat kejam,” katanya pada sidang akhbar selepas anaknya membuat laporan polis berhubung insiden itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada Ahad.
Terdahulu, satu video tular memaparkan kekecohan antara penjaja tidak berlesen dan anggota penguat kuasa DBKL dalam kejadian pada 28 Mac lalu di hadapan pusat beli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Susulan kejadian itu, Muhammad Zaimuddin dilaporkan mengalami kecederaan serius dan dirawat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang dari 29 Mac hingga 4 April lalu.
Mengulas lanjut, Hasnah berkata, anak keduanya itu bekerja sebagai kedi golf namun mengambil inisiatif menjual belon secara sambilan kerana kurang pelanggan sepanjang Ramadan.
“Belon yang dijual diambil daripada pembekal secara amanah dan jika tidak habis dijual, lebihan akan dipulangkan semula,” katanya.“Dia sakit dan memerlukan wang untuk menjalani pembedahan hernia pada 18 April ini. Menjelang musim perayaan, dia berniaga belon kerana kawasan itu tumpuan orang ramai.
Tambahnya, hasil jualan belon itu turut digunakan untuk menyara ayahnya, sekali gus menjadi satu-satunya sumber pendapatan keluarga ketika ini.
“Dia anak kedua daripada tiga beradik. Setiap kali dapat duit, dia akan hulur pada mak dan ayah. Sebagai ibu, saya sangat sedih apabila anak saya diperlakukan begini,” katanya sebak.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video