Laman Utama

“Saya Mintak Maaf Kerana Tidak Menjadi Muslim Yang Baik” - Luahan Sharifah Sakinah Buat Ibunya Buat Ramai Sebak!

gempak
Hanafis Haris
19/03/2021
02:42 MYT
Sponsor Banner
“Saya Mintak Maaf Kerana Tidak Menjadi Muslim Yang Baik” - Luahan Sharifah Sakinah Buat Ibunya Buat Ramai Sebak!
Perkongsian Sharifah Sakinah dalam program Hard To Heart kendalian Datuk Aznil Nawawi, semalam nampak gayanya telah ‘menjentik’ perasaan ramai penonton.
Menerusi program itu, Sakinah banyak berkongsi isu peribadi termasuklah pernah dibawa berjumpa pakar sakit jiwa oleh bekas suamiya.
Malah, Sakinah memberitahu dia nekad untuk berpindah ke luar negara dan meneruskan rawatan di luar negara.
BACA : Sharifah Sakinah Nekad Pindah Ke Luar Negara, Apa Cerita Pula Ni?
Perkongsian Sakinah itu bagaimanapun telah mendapat perhatian ibunya sendiri.
Menerusi posting terbaru di Instagram, Sakinah berkongsi perbualan mereka menerusi aplikasi WhatsApp.
“Umi dah tengok program Nurul, you tak perlu risau pasal umi. You sentiasa dalam doa umi,” kata ibunya.
Sakinah kemudian membalas mesej tersebut dengan meminta maaf atas segala-galanya.
“I love you, saya minta maaf. Saya minta maaf kerana tidak menjadi seorang muslim yang baik,” katanya.
Posting tersebut kemudiannya menimbulkan rasa sebak netizen.
Rata-rata mereka meminta supaya Sakinah terus cekal dan tabah untuk menghadapi dugaan.
Malah, ramai juga yang mendoakan supaya Sakinah diberikan hidayah untuk menjadi muslim yang bagus.
Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.
Sekadar info, program Hard to Heart yang merungkai pelbagai rahsia selebriti akan bersiaran setiap Khamis jam 11 malam di saluran Astro Ria dan On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024