Penyanyi Haqiem Rusli mengatakan tidak boleh menutup mulut sesiapa yang mungkin mengatakan tindakannya berkongsi foto dirinya membeli sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz GLC 20 yang dianggarkan bernilai sekitar RM290, 000 pada Selasa.
Foto dirinya bersama kereta mewah yang baru diambil itu dikongsikan pelantun Adlina Marie itu di akaun Twitternya, semalam.
"Saya tak boleh salahkan netizen sebab mereka ada mulut untuk bercakap tapi kalau dipandang secara positif pun tak ada apa pun.
"Saya kongsikan gambar kereta baharu itu untuk memberikan semangat kepada golongan muda.
"Saya tak boleh salahkan sesiapa. Cuma kalau difikirkan secara positif ia bukan untuk menunjuk-nunjuk. Saya kongsikan kebahagiaan saya. Orang nak cakap tu cakaplah, saya tak ambil peduli pun," katanya kepada Gempak.
Melanjutkan bicara, Haqiem mengakui dirinya memang menabung untuk memiliki aset yang diinginkan. Selain membuat simpanan untuk membeli rumah, dia juga menabung untuk membeli kenderaan.
"Saya memang ada target untuk beli rumah dan kereta. Saya baru minat kereta ini pada tahun ini. Bila duit tu cukup saya belilah sebab dan sampai masanya," katanya yang juga mengasingkan duit perbelanjaan harian dan simpanan.
Ditanya mengapa tertarik memiliki kenderaan mewah tersebut, Haqiem menjawab ringkas.
"Saya beli kereta itu sebab saya sukakan corak, performance dan rekaan dalaman dan luarannya", katanya yang ditemani bapa, Rusli Abdul Manaf sewaktu mengambil kenderaan tersebut semalam.
Meski sudah memiliki kenderaan tersebut, pemuda berusia 22 tahun itu mengaku masih belum memiliki lesen kenderaan memandu.
"Walaupun masih belum ada lesen kenderaan, insya-Allah saya akan selesai ujian berkomputer tidak lama lagi dan akan dapat lesen memandu sendiri," katanya optimis.
Haqiem juga memberitahu kenderaan yang memiliki nombor plat kenderaan 1998 bersempena dengan tahun kelahirannya itu telah dibawa pulang ke destinasi paling penting dan pertama buatnya iaitu rumah keluarganya di Hulu Langat
Terdahulu, Haqiem telah membeli kereta idamannya dari jenis Mitsubishi Lancer secara tunai sewaktu dia berusia 19 tahun.
Kemudian, pada tahun lalu, Haqiem sempat menimbulkan spekulasi memiliki kereta mewah jenis Range Rover selepas memuat naik foto bersama kenderaan tersebut.
Namun Haqiem menafikan telah membeli kereta tersebut.
Twitter: Haqiem Rusli
Amri Hassan
Tue Oct 27 2020
Seorang Maut, Seorang Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Kugiran Masdo Bikin Konsert 'Free' Di Resorts World Awana!
Digelar sebagai The Beatles Malaysia, Kugiran Masdo bakal mengadakan konsert khas di Tempat Letak Kereta Terbuka, Resorts World Awana pada 25 Mei 2024, eksklusif untuk ahli-ahli kad Genting Rewards Card (GRC).
#MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian
Uniknya busana Michelle Yeoh.
THSS: Bukan Sekadar Pentas Nyanyian, Peserta The Hardest Singing Show Bakal Sajikan Aksi Lagak Shownmanship Yang Luar Biasa!
Program pertama paling susah di Malaysia, 'The Hardest Singing Show' bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Hafiz Hamidun Berjaya Gabung Elemen Islamik & Budaya Melayu Dalam Konsert Zikir Dikir - “Kalau Ikutkan, Idea Untuk…”
Tahniah Hafiz Hamidun!
Tak Gemar Sambut Birthday, Ziana Zain Menangis Terima Surprise Anak-Anak
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh apabila mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 pada tahun lalu.
Uji Bakat - TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic
Korang rasa korang ada bakat terpendam yang ingin dikongsikan? Ini lah masanya untuk anda menyerlah dan andalah yang kami cari! Jom join Gimme The Mic sekarang!
Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail
Doakan semoga semuanya selamat.
[PROMO] TikTok X Astro - Gimme The Mic MY
Lelaki Kantoi Curi & Kumpul 675 Helai Seluar Dalam Wanita
Pelik tapi benar. Itulah yang boleh diperkatakan berkaitan satu perbuatan jenayah di mana seorang individu mencuri dan mengumpul sebanyak 675 helai seluar dalam wanita.