Skip to main content

Berita Tempatan

"Saya Orang Lama, Suka Letak Gambar-Gambar Orang Tersayang Dalam ....." - Adam Corrie

adam_12.jpg
Pelakon Adam Corrie Lee mengakui masih menyimpan gambar kedua ibu bapanya di dalam dompet miliknya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Adam berkongsi bagaimana cara dilakukan olehnya untuk memperingati orang yang tersayang.

"Ini gambar saya di atas pangku riba Mendiang Ayah saya iaitu Sarjan Lee. Yang manis anggun tu Bidadari saya. 

"Gambar-gambar yang ada dalam wallet saya. Saya orang lama, suka letak gambar-gambar orang tersayang dalam wallet.

"Gambar fateh je abah tak letak dalam wallet lagi. Abah edit tampal je la ye.

"Ini gambar hitam putih saya. Maksudnya saya bukan muda lagi tau. Yang remaja belia boleh panggil saya uncle Adam," tulisnya.
 

Rata-rata memuji cara yang dilakukan oleh Adam untuk mengingati orang tersayang kerana mereka beranggapan bahawa bukan semua orang akan menyimpan gambar kedua ibu bapa mereka dalam dompet.

"@mohdrizal.my: Orang yang simpan gambar family dia di wallet,dia sayang family nya,rindu jek bukak wallet tengok.terubat rindu pada arwah mak."

"@ARakin: Alhamdulillah, Samalah. Saya pun simpan gambar suami dengan anak-anak dalam purse. Sekarang ini ada lagi ka anak-anak yang buat macam tu"

"@maisarahchein_92: Sedih plak tengok, sayu je. Nanti Fateh dah besar jaga abah dan ibu yee."


Adam telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 36 pada 2008.

Adam dan Fazema dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Fateh Lee pada 11 Julai tahun lalu selepas 10 tahun penantian. 

Must-Watch Video

Advertisement