Aktres jelita Sherry Ibrahim tidak ingin mengambil kisah dengan kecaman netizen kerana memakai seluar ketat sehinggakan dikatakan seperti berbogel.
Menurut laporan BH Online, Sherry berpendapat tidak salah untuk dirinya mengenakan pakaian itu untuk bersenam.
“Selagi selesa, saya tidak perlu kisah dengan tanggapan netizen. Jujurnya, saya tiada niat mahu menularkan gambar berkenaan.
“Saya rasa tiada apa yang salah, bukan berbogel. Setiap wanita bersenam akan mengenakan pakaian sama.
“Malah, ada wanita mengenakan pakaian sedemikian di luar studio, cuma tidak tular. Malangnya, saya selebriti, jadi apa yang dilakukan menarik perhatian netizen," katanya.
Dalam pada itu, pelakon drama Teduhan Kasih itu menyatakan dia terpaksa memakai seluar sukan semula untuk pulang ke rumah memandangkan terlupa untuk bawa persalinan pakaian baru.
"Saya tertinggal seluar pada hari berkenaan. Jadi, saya terpaksa memakai semula seluar sukan selepas mandi.
"Saya tutup dengan beg besar dan terus pulang. Saya tak berada lama dalam pusat membeli-belah berkenaan.
"Saya tutup ruangan komen kerana tidak mahu kecaman berterusan.
"Saya tak suka membalas komen kerana tidak nampak keperluan untuk menerangkan perkara sebenar. Bagaimanapun, saya hormati nasihat yang berikan," katanya lagi.
Terdahulu, Sherry menerima komen 'pedas' daripada netizen selepas memuat naik gambar memakai seluar sukan berwarna ‘nude’.
BACA: "Inilah Definisi Berpakaian Tapi Bogel" - Pakai Seluar Warna 'Nude', Sherry Ibrahim Jadi Mangsa Kecaman Netizen
Zulaikha Yusof
Sat Feb 29 2020
Hafiz Hamidun Berjaya Gabung Elemen Islamik & Budaya Melayu Dalam Konsert Zikir Dikir - “Kalau Ikutkan, Idea Untuk…”
Tahniah Hafiz Hamidun!
Tak Gemar Sambut Birthday, Ziana Zain Menangis Terima Surprise Anak-Anak
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh apabila mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 pada tahun lalu.
Uji Bakat - TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic
Korang rasa korang ada bakat terpendam yang ingin dikongsikan? Ini lah masanya untuk anda menyerlah dan andalah yang kami cari! Jom join Gimme The Mic sekarang!
Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail
Doakan semoga semuanya selamat.
[PROMO] TikTok X Astro - Gimme The Mic MY
Lelaki Kantoi Curi & Kumpul 675 Helai Seluar Dalam Wanita
Pelik tapi benar. Itulah yang boleh diperkatakan berkaitan satu perbuatan jenayah di mana seorang individu mencuri dan mengumpul sebanyak 675 helai seluar dalam wanita.
Aina Abdul Dikritik Bawa Lagu Whitney Houston, Tyra Kamaruzzaman Respon - “Wedding I Suka Hati Lah, Bey Soba Bey Pun Boleh”
Tuan badan punya wedding dah jawab.
Ke Kodiang With Love: Recap Episod 1 & 2 - Semua Effort Gagal, Agak-Agaknya Dapat Ke Ajib Pikat Naziah?
Bila buat perancangan nak pikat Naziah, ada sahaja masalah yang terpaksa dihadapi oleh Ajib. Persoalannya, adakah plan yang dirancang oleh Ajib untuk bersama Naziah akhirnya berjaya? Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap drama Ke Kodiang With Love.
Polis Jumpa Ular Dalam Seluar
Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup dua ekor ular yang disembunyikan di dalam seluarnya
Faisal Halim Kritikal, Tangan Kiri Sukar Bergerak
Doakan Faisal cepat sembuh